Che Ta Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Jarang Kongsi Foto Mesra Dengan Zain Saidin!-“Hang Jangan Cari Pasal…”

1 day ago 14

Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta tampil bersuara selepas dia dikatakan sudah jarang berkongsi foto bersama suaminya yang juga pelakon, Zain Saidin di media sosial.

Che Ta, menerusi hantaran di Instagram menyatakan bahawa tindakannya yang jarang berkongsi foto bersama Zain itu menyebabkan ada yang meninggalkan komen berharap agar mereka berdua tidak bercerai.

“Gambar Lelaki Jangan Dok Tayang Sangat…”

Tidak berdiam diri, Che Ta menjelaskan bahawa dirinya bimbang bakal ada ‘pengganggu’ rumah tangga jika sering berkongsi foto Zain di media sosial.

“Belanja gambar dengan encik suami. Amboi ada yang mulut ‘hebeaq’ dok komen, lama tak nampak Che Ta mesra dengan Zain. Harap-harap tak bercerai la no!

Ni, gambar laki jangan dok tayang sangat, takut satgi ada yang dok geram.”-jelas Che Ta di Instagram

Titip Pesanan ‘Padu’ Buat Para Wanita

Dalam pada itu, Che Ta sempat menitipkan pesanan ‘padu’ buat para wanita di luar sana untuk tidak sesekali berani untuk mengganggu rumah tangganya itu.

“Tapi perempuan-perempuan kat luar sana, hang jangan cari pasal dengan Che Ta. Kalau hampa tak mau ‘belemoih’, jangan! Hampa belum tengok lagi Che Ta naik gila macam mana.”-tegas Che Ta lagi

Sekadar info, Rozita Che Wan dan Zain Saidin mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana.

Che Ta turut mempunyai dua cahaya mata lelaki hasil dari perkahwinan terdahulu, iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |