Penyanyi, Zizi Kirana menyatakan bahawa dia jarang melakukan panggilan video bersama keluarganya sepanjang pelayarannya dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
Kongsi Zizi Kirana atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil menerusi hantaran di Thread, mengakui dirinya tidak mahu ahli keluarganya itu menangis setiap kali mereka membuat panggilan video bersama.
“Sepanjang pelayaran ni, saya jarang VC dengan family. Saya tak nak diorang sedih sebab setiap kali VC diorang nangis.
Saya pula tak tahan kalau macam tu. Terutama kalau mak saya nangis! Luluh la jiwa pahlawan saya. Tapi Alhamdulillah Allah jaga kami semua di sini.”-tulis Zizi Kirana di Thread
Dibanjiri Doa Netizen
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa buat para aktivis agar berjaya menyelesaikan misi kemanusiaan dan selamat kembali ke tanah air kelak, malah ramai yang meluahkan rasa kagum melihat semangat srikandi Zizi yang berjuang di jalan Allah.
“Terus semangat srikandi Malaysia! Kami di Malaysia mendoakan perjalanan korang dipermudahkan segalanya tanpa ada sebarang sekatan, InsyaAllah.”
“Kami tak mampu dan tak kuat macam sis Zizi. Terima kasih banyak wakilkam kami semua di sini. Semoga Allah melindungi dan merahmati kalian semua di sana dan dipermudahkan dalam setiap langkah.”
“Stay safe Zizi! kami iringi doa buat Zizi dan semua yang terlibat. Semoga Allah permudahkan segala urusan kalian semua! Aaminn.”
“Cemburu dengan Zizi berjiwa pahlawan yang berani dan kental.”
“All the best kak, kami sentiasa doakan semoga Allah lindungi team-team jihad ke Gaza.”
Selain Zizi, pelakon Ardell Aryana turut menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla tersebut.
Sama-sama kita doakan agar misi kemanusiaan yang disertai mereka dilindungi Allah SWT serta selamat kembali ke tanah air kelak..