MURAI sendiri tergamam bila menonton satu video yang kini tular di media sosial, Sultan Hassanal Bolkiah dilihat terjatuh ketika menuruni tangga.
Dalam rakaman berdurasi beberapa saat itu, baginda kelihatan segak berbusana tradisional lengkap dengan songkok. Namun, sewaktu hendak melangkah turun, baginda hilang imbangan dan jatuh ke arah kanan, menyebabkan suasana sekitar seketika menjadi cemas. Songkok yang dipakai turut terpental ke lantai, manakala beberapa individu berhampiran kelihatan terkejut dan hanya berlari ke arah baginda selepas beberapa saat.
Walaupun begitu, Sultan Bolkiah tampak menolak bantuan dan cuba bangun sendiri dengan tenang, seolah-olah tidak mahu menghebohkan keadaan.
Namun, di ruang komen, lain pula ceritanya. Ramai rakyat meluahkan rasa kecewa terhadap reaksi perlahan pengiring dan pengawal keselamatan baginda.
Antara komen yang mencuri perhatian:
“Bodyguard dia apahal lembab sangat??”
“Yang atas tu boleh pula pi ambil kertas dulu daripada tolong Sultan?? Apahal ni??”
“Betul saya faham, tapi apa gunanya bodyguard? Mereka dah dilatih dan kena faham tugas masing-masing kan?”
“Haritu tengok Sultan Perak kena macam mana? Cepat je pengiring datang tolong.”
Namun, tak semua komen bernada marah. Ada juga yang tampil dengan pandangan lebih tenang,
“Maybe vertigo. Kalau duduk satu tempat tu lama, boleh pening sikit bila nak bangun.”
Ramai bersetuju, usia baginda yang kini mencecah 78 tahun mungkin membuatkan tubuh lebih mudah hilang imbangan, apatah lagi jika terlalu lama berdiri atau duduk.
@jernehmedia[[[ VIDEO ]]] Tular satu video Sultan Brunei terjatuh ketika sedang menuruni tangga dalam satu majlis. Insiden itu menyebabkan orang ramai cemas seketika. Namun, tiada kecederaan serius berlaku. #kerajaanmadani #malaysiaposttv #malaysiatiktok #malaysiapost #sultanbrunei #anwaribrahim
♬ original sound – MalaysiaPost Official – MalaysiaPost Official
Untuk rekod, pada 27 Mei lalu, Sultan Brunei sempat dirawat di hospital di Kuala Lumpur selepas dikatakan keletihan ketika menghadiri Konferensi Tingkat Tinggi (KTT). Ketika itu, Kantor Perdana Menteri Brunei mengesahkan baginda hanya “merasa kelelahan”, namun masih berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Baginda kemudian beristirahat di Institut Jantung Negara (IJN) beberapa hari sebelum dibolehkan pulang awal Jun.
Walaupun kejadian kali ini mungkin sekadar tergelincir kecil atau pening seketika, rakyat tetap risaukan keadaan kesihatan baginda.
MURAI sendiri turut berharap agar Sultan Hassanal Bolkiah terus diberi kekuatan dan kesihatan yang baik, kerana tak dapat dinafikan — sosok baginda tetap menjadi lambang keteguhan dan kebijaksanaan buat rakyat Brunei.