Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Fattah Amin menjawab persoalan netizen mengenai apakah topik yang sering dibualkan bersama Amira Othman. Fattah Amin mengatakan bahawa selain bersembang mengenai urusan perniagaan, beliau dan Amira sangat suka bersembang yang berkaitan dengan agama dan tujuan hidup sebagai manusia.
@littlemiaaaa_PART 6 #fattahamin #fattmira #amiraothman #fyp #fattah
♬ Surat cinta untuk starla – all
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka berdua ini bukan sahaja memilih untuk bercinta selepas nikah namun cara pemikiran mengenai agama juga membuatkan hubungan mereka semakin rapat.
“sekufu dalam pemikiran dan hidup salah satu benda yang sangat penting dalam hubungan perkahwinan, tahniah amira dan fattah”
“suka tengok pengantin baru ni tak lepas tangan, semoga sweet senantiasa”
Betul tu, kalau sama sama suka borak mengenai agama maka hubungan pasti akan makin kukuh”

Info tambahan, Abdul Fattah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Fattah Amin merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model Malaysia. Beliau mula meraih kemasyhuran sebagai juara Hero Remaja 2011/2012 dan terkenal menerusi peranan sebagai watak utama, Raja Adrian Benjamin dalam drama Playboy Itu Suami Aku.
Selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari serta mereka juga dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya.
Selain daripada kerjaya seni, beliau juga giat menceburi bidang perniagaan dengan mengusahakan sebuah kafe bernama Stalkers Cafe dan sebuah gimnasium, Expendable Gym yang terletak di Kota Damansara. Fattah juga melabur dalam beberapa perniagaan termasuk kosmetik dan hartanah sebagai persediaan masa depan.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

1 month ago
34










![[VIDEO] Fazura Perjelas Isu ‘Jodoh & Berkahwin’ Raih Perhatian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-3.jpg)
![[VIDEO] Cakap Kat Anak Saya ‘Mak Kau Hijau’ Saya Tak Marah Sebab..-“Siti Nurhaliza](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-2.jpg)



















![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)



![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)
![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)





![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
