[VIDEO] Remaja Lari Lintang-Pukang Dikejar Anjing Buat Netizen Terhibur- “Baju Biru Tu Punca”

1 day ago 10

Sekumpulan remaja lelaki mengundang tawa ramai apabila mereka telah lari lintang-pukang selepas dikejar anjing di kawasan perumahan. Menerusi perkongsian di TikTok @pokdit_tgg, empat remaja lelaki itu dilihat berjalan, berkemungkinan dari sebuah kedai runcit, sebelum mereka berlari dikejar anjing.

@pokdit_tgg

HAHAHAHAHA ! 🤣#lawakmalaysia #lawaktiktok #lawakpecahperut #lawakviralmalaysia #lawakgiladoh #anjingkejar #malaysiamadani #terpalingproblem#fyp #fypシ #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #fypdonggggggg #foryou #foryoupage #foryoupageofficiall #masukberanda #malaysiaupdate

♬ bunyi asal – DEQW🅰️N – 𝓓 𝓔 𝓠 𝓦 𝓐 𝓝 ☠︎

Gelagat mereka telah mengundang ketawa daripada pengguna media sosial, yang rata-rata terhibur dengan aksi mereka berlari.

Foto – @pokdit_tgg (TikTok)
Foto – @pokdit_tgg (TikTok)

Insiden ini dikatakan bermula apabila salah seorang daripada mereka dengan sengaja telah mengganggu seekor anjing ketika berjalan. Dan akibat disergah, anjing berwarna hitam itu terus bangun mengejar keempat-empat mereka.

“Adik baju biru tu punca.”

Foto – @pokdit_tgg (TikTok)

Dalam kongsian yang sama, ada juga beberapa pengguna media sosial turut berkongsikan kisah mereka dikejar anjing. Dan apa yang Murai boleh katakan adalah hanya mereka yang pernah dikejar anjing sahaja yang boleh membayangkan bagaimana situasi sekumpulan remaja di atas.

Apa-apa pun, jangan jolok sarang tebuan ye jika tak mahu perkara di atas menjadi kepada kamu.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |