Macam Baru Kahwin Semalam! – Faisal Halim & Isteri Kembali Mesra

14 hours ago 6

Sebelum ini, kecoh dimedia sosisl bahawa isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim, iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahri, telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor.

Pergolakan Rumah Tangga dan Permohonan Cerai

Tindakan itu dibuat selepas enam tahun perkahwinan dan perkara tersebut disahkan oleh peguam Nur Syazwani, Roshdan Sujak Rafie, yang memaklumkan bahawa 16 Oktober 2025 telah ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pasangan ini berkahwin pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Khalish Aryan.

Pendedahan mengenai kemelut rumah tangga mereka mengejutkan peminat, lebih-lebih lagi kerana Faisal dikenali sebagai figura sukan yang berdisiplin dan berdedikasi.

Perkongsian Bahagia Cetus Tanda Tanya

via Instagram nrsyxzwnyy

Namun begitu, perkembangan terbaharu yang dimuat naik oleh Faisal Halim di InstaStory mencetuskan spekulasi bahawa hubungan mereka mungkin berjaya dipulihkan.

Menerusi satu foto yang memperlihatkan Faisal memeluk erat isteri dan anak mereka, dia menulis ringkas “Alhamdulillah” dan menggunakan lagu Sayang Sampai Mati nyanyian Repvblik sebagai latar belakang.

Perkongsian itu dianggap simbolik dan penuh makna, seolah-olah menggambarkan rasa syukur atas peluang kedua dalam rumah tangga.

Ia sekali gus mencuri perhatian peminat dan netizen yang mengikuti perkembangan pasangan ini sejak isu pergolakan rumahtangga mereka tersebar.

Reaksi Isteri dan Harapan Baharu

Menambahkan lagi spekulasi positif, Nur Syazwani turut berkongsi semula foto yang sama di InstaStory miliknya.

Alhamdulillah. Maaf dan lupakan.

Semoga Allah lindungi perkahwinan kami hingga ke syurga.

Sayang awak, Faisal Halim.

Rasa macam baru kahwin semalam

Kata-kata tersebut jelas menunjukkan harapan dan keikhlasan untuk memulakan semula perjalanan rumah tangga mereka.

Ramai netizen menyambut baik perkembangan ini dan mendoakan agar hubungan mereka terus kekal hingga ke akhir hayat.

Walaupun kes penceraian masih dalam proses mahkamah, perkembangan ini memberi harapan bahawa pasangan ini mungkin mempertimbangkan untuk berdamai dan membina kembali keluarga kecil mereka.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |