[VIDEO] Gelagat Anak-Anak Scha Al-Yahya Main Alat Muzik, Curi Perhatian Netizen

3 hours ago 2

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan anak anak kepada Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari yang sedang bermain alat muzik piano ketika mereka berada di ruang tamu. Rata-rata netizen memuji anak-anak Scha kerana mereka mengisi waktu lapang dengan mengasah bakat dalam bidang muzik.

“pandai nya diorang main alat muzik tu”

“dua dua ikut muka ayah sebijik betul”

“comelnya anak scha dengan awal”

“dah besar dah diorang, comel betul”

“Bagusnya isi masa lapang dengan benda berfaedah macam ni dan bukannya mengadap telifon 24 jam”

kalau dari kecil asah bakat macam ni, nanti besar mesti akan hebat”- Kata netizen

@theseroja7

#laraalana #lilaamina #schaalyahyaawalashari

♬ original sound – De Seroja – De Seroja

Video ini bukan sahaja meraikan bakat anak-anaknya, tapi juga menonjolkan nilai keluarga Scha yang harmoni serta didikan menggunakan masa dengan terbaik dan perkara yang bermanfaat.

Info Tambahan, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (lahir 30 Mei 1983) atau lebih dikenali sebagai Scha Al-Yahya ialah seorang pelakon, pengacara, peragawati dan duta produk Malaysia. Beliau mula dikenali selepas memenangi pertandingan Dewi Remaja 2005/2006 dan membuat kemunculan sulung menerusi drama Impian Illyana dengan memegang watak pembantu. Scha Al-Yahya mula meraih pencapaian luar biasa menerusi watak lakonannya sebagai Dania dalam siri drama Awan Dania pada tahun 2008 sehingga 2010 sekaligus melancarkan kerjayanya sebagai pelakon.

Pada 4 Mei 2012, Scha berkahwin dengan pelakon dan pengacara Lelaki Malaysia iaitu Awal Ashaari serta mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Lara Alana dan Lyla Amina.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |