MURAI memang suka bila ada cerita-cerita positif dalam dunia hiburan tempatan. Kali ini, giliran pelakon, penyanyi dan pengarah serba boleh Erry Putra pula jadi tumpuan apabila dia memberi komen nasihat mengenai langkah berani Putri Dahlia, anak kepada penyanyi tersohor Datuk Nora Ariffin.

Semuanya bermula apabila Putri Dahlia mengejutkan peminat dengan pengumuman mahu menukar nama pentasnya kepada “Dahlia” sahaja. Walaupun perubahan ini nampak ringkas, ia tetap mencuri perhatian ramai, termasuklah Erry sendiri yang sempat meninggalkan pesanan berbaur nasihat di Instagram:
“Tak tahu la adik nak kata apa. Nama Islamik la kita nak adik. Nama abang tiada Muhammad depan pun abang abang sedih adik. Tapi tak mengapa mak ayah dah beri, redha je lah.”
Nada selamba Erry membuatkan peminat tersenyum , jelas menunjukkan dia terpanggil untuk memberi teguran kepada Dahlia.

Bagi yang mungkin tak kenal, Muhammad Razlan Hamzah Ahmad atau nama popularnya Erry Putra, lahir pada 3 Januari 1978, bukanlah asing dalam industri. Pelakon dan penyanyi ini memang terkenal dengan sikap mesra dan kata-kata yang selalu menghiburkan peminat.

Pada masa yang sama Dahlia juga tampil dengan imej tanpa hijab dalam beberapa hantaran terbaharu di media sosial. Perubahan gaya itu nyata mengundang pelbagai reaksi, namun ramai peminat menghargai keberaniannya untuk tampil dengan pilihan sendiri.
Langkah Dahlia pula memang berani. Dengan hanya mahu dikenali sebagai “Dahlia”, ia seolah-olah simbol identiti baharu yang lebih matang dan segar. Sesuatu yang MURAI rasa memang sesuai dengan aura dan bakatnya.

1 month ago
36










![[VIDEO] Fazura Perjelas Isu ‘Jodoh & Berkahwin’ Raih Perhatian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-3.jpg)
![[VIDEO] Cakap Kat Anak Saya ‘Mak Kau Hijau’ Saya Tak Marah Sebab..-“Siti Nurhaliza](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-2.jpg)



















![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)



![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)
![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)





![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
