Kalau kalian tengok pasangan Haris Ismail, 29 atau lebih dikenali sebagai PU Riz dan isterinya, Noor Neelofa Mohd Noor, 36, memang nampak sweet sentiasa. Tapi rupanya, di sebalik semua gambar cantik dan senyuman manis itu, ada satu kisah yang buat hati cair habis.
Baru-baru ni, MURAI ternampak satu video kat TikTok @miss.naena, masa PU Riz tengah beri ucapan dalam sebuah acara tentang jodoh. Dalam ucapan itu, dia mencerita balik moment masa Neelofa bersetuju untuk terima dia sebagai suami.

PU Riz dengan selamba mengaku, dia dulu pernah curious, siap tanya terus dekat Neelofa:
“You nak kahwin dengan saya ni untuk apa? Nak kata sebab rupa, ada lah handsome sikit-sikit. Tapi ramai lagi pilihan lain.”
Fuh, kalau kita yang kena tanya macam itu, mungkin sudah gelabah untuk jawab. Tapi Neelofa… relax je, sambil bagi jawapan yang padu dan menusuk kalbu:
“Saya yakin, Insyallah, awak boleh menjaga dan bawa saya ke syurga.”
Simple, tapi deep. Terus buat semua yang dengar rasa “awwww” dalam hati.
PU Riz bukan saja dikenali sebagai pendakwah bebas yang lemah-lembut dan sopan dalam tutur kata, malah dia juga seorang yang sangat menjaga agama dalam setiap aspek kehidupan. Tak hairanlah ramai yang menghormatinya, termasuk isterinya sendiri.
@miss.naenaalhamdulillah🤍 moment marriagewithihsan neelofa neelofaharis dariakadkesyurga
♬ suara asli – Pangeran Cinta – PP BENDERA ONE PIECE
Sedikit Throwback Perkahwinan Mereka
Pasangan ini sah bergelar suami isteri pada 27 Mac 2021 di Grand Hyatt Kuala Lumpur dalam majlis serba putih yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat. Pelamin mereka diinspirasikan daripada Jabal Rahmah, lengkap dengan 4 tan bunga segar, betul-betul macam wedding dalam mimpi.
Neelofa anggun dalam busana rekaan Alia Bastamam, manakala mas kahwin hanyalah sebentuk cincin, diserahkan dalam sekali lafaz.
Bukanlah sebab harta, bukanlah sebab rupa, tapi sebab keyakinan yang cinta ni berlandaskan Allah dan akhirat. Tak hairanlah rumah tangga mereka sejak 2021 sampai sekarang jadi inspirasi ramai.
Kadang, jodoh itu bukan tentang siapa paling sempurna… tapi siapa yang kita yakin boleh pegang tangan kita, bimbing sama-sama sampai syurga

3 months ago
60

![[VIDEO] “Anak Saya Hilang Tiga hari!’- Bapa Menangis Cari Anak Hilang Dalam Tanah Runtuh di Sibolga](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/gambar-pakcik.jpg)




























![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)



![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)


![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)



![[VIDEO] Telatah Rina Petah Nyanyi Lagu Melayu, Netizen Terhibur!-“Sumpah Ni Je Yang Tak Cringe..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/45f04852-5a32-4dd3-ba17-c169d90e51c7.jpg)
![[VIDEO] Fazura Menangis Lihat Busana Dengan Potret Arwah Bapa, Netizen Sebak!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/0404C60C-26D5-49A4-A2D6-DE39DB774D4C.jpeg)


![[VIDEO] “Sejujurnya, Saya Manusia Paling Malas Untuk Pergi Event Fashion Show”-Siti Nurhaliza](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-31.jpg)

![[VIDEO] Aliff Syukri Titip Ucapan Istimewa Sempena ‘Anniversary’ Ke-18-“Awalnya Wife Papa Merajuk…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/1FECD934-8676-4FA5-9005-5297CAF81D69.jpeg)

![[VIDEO] “Pintu Lock, Tiba-Tiba Terbuka Tepat 4 Pagi”- Rumah Datin Shahida Ada Gangguan?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/6-5.jpg)