Nampaknya ramai yang sudah dapat Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Untuk pengetahuan kamu, STR sudah pun disalurkan bermula semalam (12 Ogos 2025) dan ianya dilakukan secara berperingkat.
Bagi yang tidak lulus atau tidak layak, janganlah pula kamu sedih ye. Kamu boleh cuba membuat rayuan untuk fasa seterusnya. Penting untuk kamu tahu bagaimana caranya untuk membuat semakan dan juga rayuan semula.
Murai kongsi caranya…
Apa yang perlu saya lakukan jika STR tidak lulus?
Untuk permohonan yang “Tidak Lulus”, kamu boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2025 untuk mengenal pasti apakah Alasan Tidak Lulus dan dokumen sokongan yang diperlukan untuk membuat permohonan rayuan bagi fasa seterusnya.

Take note, untuk permohonan rayuan bagi Fasa 3 sudah pun ditutup. Jika mahu mohon rayuan, kamu perlu mohon bagi Fasa 4.
Kamu perlu pastikan bahawa semua dokumen yang berkaitan sudah pun dikemaskini dan lengkap bagi menyokong permohonan rayuan yang dibuat.
Rayuan perlu dibuat dalam tempoh yang diumumkan secara rasmi. Kamu boleh lakukan rayuan secara dalam talian melalui portal STR atau secara manual di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
1. Secara Dalam Talian Melalui Portal STR

- Layari laman web rasmi STR [KLIK SINI].
- Log masuk ke akaun MySTR menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Pilih menu “Permohonan Rayuan” apabila tempoh rayuan dibuka.
- Lengkapkan maklumat dan muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
2. Secara Manual Di Pejabat LHDNM
- Kunjungi mana-mana cawangan LHDNM, Pejabat Satelit atau Pusat Transformasi Bandar (UTC).
- Dapatkan borang “Permohonan Rayuan STR 2025 (BK-01)” di kaunter atau muat turun daripada web rasmi STR.
- Isi borang dan sertakan dokumen sokongan dengan lengkap.
- Serahkan borang di kaunter, penghantaran e-mel tidak diterima.
Tarikh Permohonan Rayuan STR Fasa 4
STR 2025 bagi Fasa 4 dijadualkan bakal disalurkan pada November 2025. Tarikh tepatnya akan diumumkan oleh LHDNM, sekurang-kurangnya 14 hari sebelum.

Manakala tarikh untuk melakukan permohonan rayuan STR bagi Fasa 4 pula sudah pun dibuka, bermula 22 Januari 2025 sehingga 30 September 2025 bagi pemohon yang berstatus “Tidak Lulus” untuk Fasa 4.
Untuk maklumat lanjut, kamu boleh hubungi pejabat LHDNM berhampiran atau layari laman web rasmi STR [KLIK SINI].
Jadi tunggu apa lagi? Kalau kamu tidak layak mendapat STR Fasa 3, cepat-cepat mohon rayuan untuk Fasa 4. Semoga berjaya!