Pasangan selebriti Asmirandah dan Jonas Rivanno baru-baru ni muncul di sebuah acara anugerah yang disiarkan oleh stesen TV swasta dan penampilan mereka terus jadi perhatian ramai!
Dua-dua tampil sedondon serba hitam, memang nampak elegan habis. Asmirandah pilih gaun baldu hitam potongan off shoulder dengan sentuhan bling-bling yang menaikkan seri. Rambut pula disanggul gaya messy dan berponi, manakala solekan dia pula natural dan flawless, ringkas tapi tetap on point.
@goripripripAsmirandah Fokus 😎 #asmirandah #jonasrivanno #asmirandahjonas #mencintaimusekalilagi #sinetron #sinetronrcti #rcti #mncpictures #fyp #foryou #foryoupage
♬ suara asli – Kangciloknyatiti – Kangciloknyatiti
Jonas pula pun tak kalah bergaya, pakai busana hitam yang dipadankan dengan jaket coklat. Sama cantik sama padan lah dua-dua!
Tapi sayangnya, bila video mereka dimuat naik kat Instagram @rumpi_gosip pada Rabu (11 Jun 2025), ramai pula yang lebih fokus pada wajah Asmirandah.
Acara tu sebenarnya adalah malam Indonesia Drama Series Award (IDSA) 2025, yang berlangsung pada 26 Mei. Asmirandah hadir temani Jonas yang menerima anugerah untuk drama Mencintaimu Sekali Lagi sebagai Drama Bersiri Terfavorit.
Netizen Mula Buat Spekulasi Wajah Asmirandah
Walaupun mereka menang anugerah, yang viral kat media sosial — penampilan Asmirandah!
Beberapa netizen mula bagi komen negatif pasal rupa Asmirandah yang dikatakan nampak “tua” dan “penat”.
“Asmirandah nampak tua sangat la,” tulis seorang netizen.
“Dulu dia cantik macam barbie. Kenapa sekarang nampak tua sangat?” kata yang lain.
“Muka macam penat je,” tambah sorang lagi.
Macam biasalah, netizen ni kadang-kadang lebih fokus kat rupa berbanding pencapaian. Tapi apa pun, penampilan Asmirandah tetap classy dan elegan di mata ramai yang lain.
Sebelum ini, artis cantik ini dlilanda kontroversi besar. Dia dilaporkan pernah bertukar agama, dari Islam ke Kristian, sekitar 2013. Isu ini jadi hangat apabila bekas suaminya, Jonas Rivanno, masuk Islam sebelum akad di awal 2013, kemudian Asmirandah dikatakan mengalami proses pembatalan perkahwinan, dan akhirnya mereka berjaya menikah semula pada 22 Disember 2013 di Singapura di mana beliau dikatakan telah dibaptis menjadi Kristian.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.