Siapa yang tidak mengenali usahawan sensasi Malaysia iaitu Datuk Seri Aliff Syukri yang sering memuat naik video yang kadang kala mencetuskan kontroversi. Selain itu juga, apabila tiba musim perayaan, Aliff Syukri pasti akan mengeluarkan lagu yang akan menjadi trending di laman media sosial yang ada.
Selain Aliff Syukri, ibunya Bonda Rozita serta kakaknya Noor Hayati juga berkecimpung di dalam dunia perniagaan yang mengubah kehidupan susah mereka suatu ketika dulu dan kini menjadi inspirasi ramai orang. Kini, anak perempuannya lebih menonjol dan sering kelihatan mempromosikan barang-barang perniagaan miliknya apabila mempunyai masa yang terluang.
“Sebab Tu Anak Diorang Ni Humble, Sebab Ajaran Yang Baik Dari Ibu Bapa”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @iwan_utaraa yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.1 juta, tanda suka sebanyak 53 ribu dan sebanyak 845 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Datuk Aliff Syukri bersama keluarganya yang duduk di atas lantai sambil menunggu ketibaan feri.
@iwan_utaraaPOV: BILA ADA BOS GELARAN DATO SRI & DATIN SRI, TETAP DUDUK TUNGGU FERI MACAM ORANG LAIN 🥹 DOAKAN PERJALANAN KAMI SELAMAT SAMPAI KE KUALA LUMPUR. AMIN YA RAB 🤲
♬ Love Flute Song – Deep Anashvar
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa walaupun taraf kehidupannya sebagai orang kaya namun tetap memilih untuk menjadi orang biasa apabila berada di negara orang.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.