Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Jojo Ghazali yang bertanya kepada adiknya iaitu Miki Ghazali apakah perasaannya apabila kalah di perlawanan IFMA Youth World Championship 2025, namun jawapan yang diberikan oleh Miki membuatkan ramai terkejut.
“Aku Rasa Gembira, kalau ada orang Malaysia aku tak kisah pun diorang semua sampah”-Kata Miki Ghazali
@johanghazali7Miki true colours dah keluar
♬ original sound – JohanGhazali1 – JohanGhazali1
Rata-rata netizen terkejut mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh Miki itu. Mereka juga mengatakan bahawa rakyat Malaysia pun ada salahnya juga kerana jika menang pasti akan sokong, akan tetapi jika kalah mereka pasti akan mengutuk.
“tapi memang betul, kalau kalah kena kecam ngan orang malaysia sendiri”
“weyy dia kata kita sampah”
“sebab perangai macam ni lah kalah, no atitude”
“betul juga sebab netizen support bila menang je, pastu kalah kemain caci maki”
Namun pada video lainnya, Miki Ghazali mengulas kembali apa yang dikatakannya mengenai ‘sampah’. Miki memberitahu bahawa orang Malaysia semuanya baik namun gelaran s’sampah’ tersebut adalah untuk individu yang tidak suka dengannya dan yang sering mengutuknya itu.
@johanghazali7Retake
♬ original sound – JohanGhazali1 – JohanGhazali1
Info Tambahan, Muhammad Mikail Ghazali, yang lebih dikenali sebagai Miki Ghazali, merupakan seorang atlet Muay Thai dan tinju muda berbakat dari Malaysia. Lahir pada tahun 2009 di Putrajaya, Kuala Lumpur, beliau adalah anak ketiga daripada empat beradik dalam keluarga yang penuh semangat sukan tempur. Abang-abangnya ialah Muhammad Elias Ghazali dan Muhammad Johan Ghazali (Jojo), seorang juara Muay Thai profesional yang terkenal, manakala adik perempuannya ialah Emylia Lynn Ghazali (Mia Ghazali), yang turut aktif dalam arena Muay Thai.
Miki mewarisi darah kacukan daripada ibunya, Jennana Johnson, seorang wanita Amerika Syarikat, dan bapanya, Zulfikar Mohd Ghazali, yang mempunyai keturunan Melayu, Indonesia, dan Jepun. Datuknya, Allahyarham Tan Sri Mohd Ghazali Che Mat, adalah seorang panglima tentera dan pengerusi New Straits Times Press, yang membesar di Lenggong, Perak. Keluarga ini awalnya menetap di Kajang, Selangor, sebelum berpindah ke Kuching, Sarawak pada 2015.