Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan pengurus peribadi Fattah Amin yang dikenali sebabai Aca yang ditemubual mengenai perkahwinan Amira Othman bersama Fattah Amin pada ahad nanti. Aca juga mengatakan bahawa untuk perkahwinan kali ini, Fattah Amin memilih untuk bercinta selepas kahwin dan lebih berpandangan kehadapan untuk sama-sama mengecapi bahagia.
Tambah Aca lagi, tarikh nikah pada 14 september itu merupakan hadiah pemberian dari Amira Othman kerana ianya sama dengan tarikh lahir Fattah Amin.
@im_yourgirl06“Mira memilih tarikh 14 September tu sebagai gift untuk Fattah” 😍 Sooo sweet la 💙🤍 #fattahamin #amiraothman #setulustakdir #selamatpengantinbaru #fyp
♬ original sound – Sₑcᵣₑₜ GᵢrL ❤️✨ – Sₑcᵣₑₜ GᵢrL ❤️✨
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa tidak sabar untuk menunggu tibanya hari bahagia Fattah Amin dan Amira Othman itu. Tambah mereka lagi, orang yang baik pasti dijodohkan bersama orang yang baik dan itulah ketentuan illahi.
”baiknya fattah yang lepas dia tak anggap bala malah ianya sebagai pengajaran untuk jadi yang lebih baik”
”bercintalah lepas kahwin dan berkahwin atas mencari redha allah insyaallah ianya akan diberkati”

Info tambahan, Abdul Fattah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Fattah Amin merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model Malaysia. Beliau mula meraih kemasyhuran sebagai juara Hero Remaja 2011/2012 dan terkenal menerusi peranan sebagai watak utama, Raja Adrian Benjamin dalam drama Playboy Itu Suami Aku.
Selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari serta mereka juga dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya.
Selain daripada kerjaya seni, beliau juga giat menceburi bidang perniagaan dengan mengusahakan sebuah kafe bernama Stalkers Cafe dan sebuah gimnasium, Expendable Gym yang terletak di Kota Damansara. Fattah juga melabur dalam beberapa perniagaan termasuk kosmetik dan hartanah sebagai persediaan masa depan.

3 months ago
65











![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)


![[VIDEO] Selepas Pokok Bunga, Aliff Syukri Jual Batu Pula- “300 Biji Sold Out!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3-12.jpg)
















![[VIDEO] Penampilan Rizman Nordin Dalam Video ‘Throwback’ ABPBH Jadi Bualan Peminat](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Screenshot-2025-09-03-at-2.05.26-PM.jpg)


![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)





![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)








![[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/2912221.jpeg)