Siapa yang tidak mengenali Cik B atau nama sebenarnya adalah Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin yang sering meraih perhatian daripada orang ramai. Cik B juga seorang yang sering menghiburkan ramai orang dengan video-video kontennya yang dimuat naik di laman media sosial miliknya.
Anak kepada usahawan kosmestik sensasi itu, Dato’ Seri Vida, kelihatan sering meluangkan masa bersama ibunya di rumah. Netizen pasti tidak kering gusi apabila melihat gelagat anak-beranak ini membuat video bersama.
Kini, perniagaan milik Cik B mendapat perhatian ramai apabila dikatakan laris dan banyak mendapat permintaan. Baru-baru ini, tular mengenai Cik B yang membeli kereta pada usia yang sangat muda dan ianya membuatkan ramai terpegun melihat kejayaannya itu.
“Kacak Macam Tengah Gurau Dengan Abang Ipar Je”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @quputehtomatohq yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 92 ribu, tanda suka sebanyak 4,316 dan sebanyak 50 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Kacak yang bergurau dengan pengawal peribadi kakaknya iaitu Cik B.
@quputehtomatohqBodyguard kena kacau dengan @KACAK KINGDOM HQ pula 🫣 Sejadah khas dari Madinah Nak bagi harga sedekah tengok beg kuning harga berapa 😍‼️ #fyppppppppppppppppppppppp #foryoupage #sejadah #dsv #masukberandagak #masukfyp #masukberandafyp #fypシ゚
♬ bunyi asal – darkcoffe – darkcoffe
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa pengawal peribadi tersebut seakan telah menjadi sebahagian dari keluarga mereka.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.