Siapa yang tidak kenal dengan Nadia Amira Othman atau lebih dikenali sebagai Amira Othman yang merupakan seorang penyanyi, pengacara televisyen dan pelakon wanita di Malaysia.
Amira Othman memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian, selepas menyertai satu program nyanyian popular pada tahun 2013 iaitu Akademi Fantasia musim ke-10 dan sekaligus mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Kemudian Amira Othman banyak berkecimpung di dalam dunia lakonan sehinggakan setiap drama lakonannya menjadi pilihan ramai.
Selain dirinya, dua adik lelakinya juga turut menceburi bidang nyanyian iaitu Irfan Haris dan Haikal Iskandar. Irfan Haris juga lebih dikenali ramai selepas dia menyertai pertandingan nyanyian Big Stage dan mendapat tempat keempat.
“Amboi Fattah Amin Jadi Semakin Kelakar Yer Hahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @leeyanarahim94 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 430 ribu, tanda suka sebanyak 24 ribu dan sebanyak 448 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Fattah Amin dan Amira Othman yang mengusik dan memanggil nama satu sama lain.
@leeyanarahim94😂🤣#fattahamin #amiraothman #fattmira #AO #FA #Jakel
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa semakin banyak hint yang akan terlihat dan hanya menunggu masa adakah ramalan netizen benar atau tidak.
Apa-apa pun, sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.