Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Haritu Tutup Muzik, Sekarang Tutup Lampu Pula Hahahaha”-Netizen
terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @rosmadiothman yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 138 ribu, tanda suka sebanyak 2,705 dan sebanyak 57 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang live bersama anak lelakinya iaitu Afwa dan kemudian Afwa menutup lampu yang digunakan Tokti itu.
@rosmadiothmanHaha muka pasrah tokti… #sitinurhaliza #masukberandafyp #viral #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #foryoupage #foryou #trending
♬ bunyi asal – Rosmadi Othman – Rosmadi Othman
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. mereka juga mengatakan bahawa ada sahaja telatah yang akan dilakukan Afwa itu. Tambah mereka lagi, gelagat Afwa itu yang sebenarnya membuatkan ramai yang ingin menonton live Tokti.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.