Pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, mendirikan rumah tangga pada 8 bruari 2016 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.
Syatilla Melvin merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita di Malaysia. Memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 2012, bakat lakonan serta wajahnya yang jelita membuatkannya dengan cepat dikenali ramai.
Seperti yang kita ketahui, Syatilla sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Dia juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.
“Jedda Dah Penat Jadi Doktor, Dia Buat Salon Pulak Hahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Syatilla Melvin yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 804 ribu, tanda suka sebanyak 59 ribu dan sebanyak 1,022 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan anak buah kepada Syatilla Melvin iaitu Jedda yang bermain bersama Salama yang membuatkan ramai terhibur melihat karenah mereka itu.
@samtilla82Eh yang not not 2ekoq ni😭😭 dilurusnya kepala anak aku🤣🤣🤣 yang tadah tu punnnnnnnnnnn
♬ orijinal ses – En İyi Komikler
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa ada masa Jedda dan Salama bergaduh dan ada masa mereka baik umpama adik beradik.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.