[VIDEO] Gelagat Afwa Minta Tokti Nyanyi Lagu Nadeera Zaini, Raih Perhatian Ramai!

1 month ago 49

Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

“Afwa Pun Pandai, Dia Tahu Ibu Nyanyi Sedap Gitu Je Dia Minta Eh”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @amj.sight yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 17 ribu, tanda suka sebanyak 715 dan sebanyak 22 komen.

Di dalam video tersebut, memaparkan Tokti yang memberitahu bahawa Afwa memintanya untuk menyanyikan lagu Nadeera Zaini yanng berjudul Bukan Lagi Kita.

@amj.sight

Huh Afwa pun dah berjangkit ‘virus’ tergamak hehehe #SitiNurhaliza #BukanLagiKita #Nadeera #CTDK @Siti Nurhaliza @Nadeera

♬ original sound – Anak Mak Jah – Anak Mak Jah

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Afwa sangat pandai apabila meminta Tokti untuk menyanyi lagu tersebut kerana Ibunya penyanyi nombor satu negara.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |