Reaksi penyanyi nombor satu negara dan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kelihatan malu-malu menaiki lif di sebuah pusat beli-belah baru-baru ini telah mencuri perhatian.
Mana tidaknya dengan gelarannya itu, ramai yang tidak percaya bahawa Datuk Seri Siti Nurhaliza, atau lebih mesra disapa sebagai TokTi, akan kelihatan malu-malu apabila menaiki lif yang penuh dengan orang ramai.
Video yang dikongsi oleh @arilshafiq97 di TikTok itu telah meraih tontonan sekitar 422 ribu, 18 ribu tanda suka, 363 komen dan 714 kongsian.
@arilshafiq97starstruck satu lift dgn @Siti Nurhaliza 😍 #sitinurhaliza #fypシ゚
♬ original sound – Arilshafiq97 – Arilshafiq97
“Starstruck satu lift dengan @SitiNurhaliza”, tulis @arilshafiq97 sebagai kapsyen.
Dalam video berkenaan, @arilshafiq97 menunjukkan rasa terujanya apabila dapat menaiki satu lif dengan penyanyi nombor satu negara itu. Bukan itu sahaja, pengunjung pusat beli-belah yang menaiki lif yang sama juga masing-masing tidak dapat menahan rasa keterujaan mereka.
Foto – @arilshafiq97 (TikTok)Walaupun ramai yang turut menyatakan rasa teruja dan menumpang gembira dengan @arilshafiq97, ada sesetengahnya pula lebih terhibur melihat gelagat TokTi yang comel dan malu-malu itu.
“Kenapa dia pulak yang malu macam budak baru pindah sekolah je”, komen @bedah.zin.
“Comelnya muka malu-malu macam masa awal masuk industri”, komen @azieazhar.
“Title dah Biduanita Negara tapi malu-malu dia masih seperti dulu”, komen @_aus636_.
“I would cry right there at the moment. Tak kira laah. Starstruck teruk kalau just few inches from your star!”, komen @enchek.jay.
“Dia yang diva, dia yang malu hahaha comel”, komen @firdausrushdi0.
“Muka dia terkemut-kemut comel betul lah ish”, komen @nuyinnnnn00_.
“TokTi sama je macam dulu kan. Humble dan rasa rendah diri. Respect kat peminat-peminat dia. Dia bagaikan puteri, selalu senyum dan cuba menghiburkan semua orang”, komen @user8624255668655.
Untung siapa yang dapat pengalaman ini kan? Iyalah bukan selalu dapat berdepan, lebih-lebih lagi satu lif dengan TokTi.

3 months ago
58

![[VIDEO] “Anak Saya Hilang Tiga hari!’- Bapa Menangis Cari Anak Hilang Dalam Tanah Runtuh di Sibolga](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/gambar-pakcik.jpg)




























![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)



![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)


![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)



![[VIDEO] Telatah Rina Petah Nyanyi Lagu Melayu, Netizen Terhibur!-“Sumpah Ni Je Yang Tak Cringe..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/45f04852-5a32-4dd3-ba17-c169d90e51c7.jpg)
![[VIDEO] Fazura Menangis Lihat Busana Dengan Potret Arwah Bapa, Netizen Sebak!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/0404C60C-26D5-49A4-A2D6-DE39DB774D4C.jpeg)


![[VIDEO] “Sejujurnya, Saya Manusia Paling Malas Untuk Pergi Event Fashion Show”-Siti Nurhaliza](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-31.jpg)

![[VIDEO] Aliff Syukri Titip Ucapan Istimewa Sempena ‘Anniversary’ Ke-18-“Awalnya Wife Papa Merajuk…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/1FECD934-8676-4FA5-9005-5297CAF81D69.jpeg)

![[VIDEO] “Pintu Lock, Tiba-Tiba Terbuka Tepat 4 Pagi”- Rumah Datin Shahida Ada Gangguan?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/6-5.jpg)