Perkongsian Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq mencuri perhatian netizen selepas berkongsi satu video di media sosial, baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh Syed Saddiq di TikTok, memaparkan dia bersama pelakon dan penyanyi, Bella Astillah yang melakukan trend TikTok ‘Bad Boys’ sambil menggayakan Baju Melayu dan Baju Kurung di hadapan Palace Of Versailles, Perancis.
“Cuba lagi lain kali Bella Astillah.”-kapsyen Syed Saddiq di TikTok
@syedsaddiqTry again next time @Bella Astillah 😌
♬ Bad Boys (Theme from Cops) – Inner Circle
“Lepas Kahwin Boleh Buat Balik…”
Perkongsian Syed Saddiq dibanjiri komen netizen yang rata-rata teruja melihat gelagat Bella dan Syed Saddiq, malah ramai yang berkongsi rasa kagum melihat Bella yang pantas berlari biarpun berkaki ayam ketika dikejar Ahli Parlimen Muar ini.
“But still laju ya Bella lari 😂😂.”
“Dua-dua kena baiki teknik larian ni 😂.”
“Tak sangka YB sporting macam ni sekarang ni. Dulu sangat la berdisiplin 😂.”
“Macam mana la Bella boleh berlari laju-laju pakai kain macam tu. Kalau aku dah tersadung dah.”
“Pergh trend ni kena tangkap peluk tau. Korang please cepat sikit ada ikatan yang. Penat lah tersengih-sengih sorang-sorang.”
“Lepas kahwin boleh buat balik trend ni, boleh tangkap betul-betul”
“Cepat la halalkan, nak tengok versi dah dapat tangkap pastu dukung 😂.”
“Kalau dah kahwin ni, confirm dah peluk kan 😍😍.”
“Diorang ingat kat belakang gate tu pejabat kadi agaknya.”
“Dia main kejar-kejar pula. Lajunya Bella 😍.”
Sekadar info, Bella dan Aliff Aziz pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 sebelum membuat keputusan untuk bercerai buat kali kedua pada 13 Jun 2024, selepas Aliff ditangkap berkhalwat bersama pelakon, Ruhainies pada Mac lalu.
Mereka turut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.

3 months ago
64











![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)


![[VIDEO] Selepas Pokok Bunga, Aliff Syukri Jual Batu Pula- “300 Biji Sold Out!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3-12.jpg)
















![[VIDEO] Penampilan Rizman Nordin Dalam Video ‘Throwback’ ABPBH Jadi Bualan Peminat](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Screenshot-2025-09-03-at-2.05.26-PM.jpg)


![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)





![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)








![[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/2912221.jpeg)