Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Aliff Syukri dan Qadejah yang sedang membuat House Tour. Qadejah juga sempat menunjukkan bahagian kegemarannya didalam rumah agam tersebut iaitu gelongsor di bahagian tepi tangga.
@modelistaempireRata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa rumah yang begitu luas namun tidak pernah rasa sunyi kerana didalamnya terdapat ramai orang.
“kalau terkena bahagian hiasan tu mau jerit datin”
“kalau dengan cess satu kepala, kalau dengan amayan tak boleh main macam ni”
“kena pasang besi penghadang untuk safety baru sesuai main puas puas”
“bestnya besar rumah”

Info Tambahan, Qadejah El Zahra, anak kedua kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida, ialah remaja berusia 15 tahun yang sering mencuri perhatian di media sosial. Dilahirkan pada 2010, beliau dikenali sebagai Cess dan mempunyai personaliti petah bercakap, mirip bapanya.
Qadejah aktif di TikTok dan Instagram, berkongsi gelagat ceria dan pandangan matang, seperti keengganannya berkahwin awal demi mengejar pelajaran dan impian ke luar negara. Beliau juga menunjukkan bakat memasak dan membantu ibunya di dapur, selain mempromosikan perniagaan keluarga seperti jenama tudung dan resort.
Dilatih Aliff sejak kecil untuk berinteraksi dengan media, Qadejah digelar “Aliff Syukri 2.0” kerana kepetahannya. Wajahnya yang manis, mirip ibunya, dan sikap rendah hati menjadikannya idola ramai.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

3 months ago
59











![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)


![[VIDEO] Selepas Pokok Bunga, Aliff Syukri Jual Batu Pula- “300 Biji Sold Out!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3-12.jpg)
















![[VIDEO] Penampilan Rizman Nordin Dalam Video ‘Throwback’ ABPBH Jadi Bualan Peminat](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Screenshot-2025-09-03-at-2.05.26-PM.jpg)


![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)





![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)








![[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/2912221.jpeg)