Kegembiraan sekumpulan remaja untuk beriadah bertukar menjadi momen melucukan yang tidak akan dilupakan sehingga bila-bila.
Murai rasakan ini adalah momen yang tidak akan dilupakan sehingga bila-bila bagi sekumpulan remaja ini. Kegembiraan mereka untuk beriadah berubah sekelip mata apabila salah seorangnya hilang kawalan hingga terlanggar pokok.
Momen melucukan itu dimuat naik oleh akaun TikTok @atvtempurankaliurang, yang mendapat tanda suka kira-kira 155.3 ribu dan sebanyak 2467 komen.
@atvtempurankaliurangYang salah pohonnya, mon maap🙏🏻
♬ suara asli – Atv Tempuran Kaliurang – Atv Tempuran Kaliurang
Insiden itu berlaku di Jogjakarta, Indonesia, apabila seorang gadis membawa ATV menaiki bonggol. Bagaimanapun, Murai rasakan gadis tersebut telah hilang kawalan ketika mahu melintasi bonggol tinggi itu. Nasib tak menyebelahinya, gadis itu terlanggar sebatang pokok, manakala rakannya yang menjadi penumpang, telah tercampak jatuh.

“Yang salah pokoknya, mohon maaf,”
Melihatkan aksi ‘luar biasa’ gadis tersebut, beberapa pengguna media sosial berasa sangat terhibur dengan mereka.


Walaubagaimanapun, ada sesetengahnya meluahkan rasa kebimbangan apabila melihat insiden tersebut. Salah seorang pengguna TikTok @gpksadaniham meninggalkan komen, “Ya Allah nasib baik ada pokok. Signboard tajam. Allahuakbar sakit tu. Semoga ok”.

Jika kamu perhatikan dengan teliti, gadis tersebut memegang pipi kanannya yang sakit. Murai tak pasti jika dia terlanggar pokok atau pun papan tanda. Apa-apa pun Murai doakan semoga cepat sembuh ye!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.