Siapa yang tidak mengenali dengan penyanyi popular dari Indonesia, Afgansyah Reza atau lebih dikenali sebagai Afgan. Dia merupakan seorang penyanyi pop, penulis lagu dan pelakon di Indonesia.
Lagu-lagu nyanyiannya sentiasa mendapat tempat di hati pendengar bukan sahaja di Indonesia malah di Malaysia, Singapura serta Brunei. Jejaka yang memiliki wajah yang tampan ini sering menjadi perhatian terutamanya peminat wanita. Afgan yang kini berusia 34 tahun itu masih lagi memperjuangkan karya-karyanya untuk menghiasi industri muzik di Indonesia.
Lagu Terima Kasih Cinta merupakan lagu yang paling banyak dimainkan serta lagu tersebut membuatkan dirinya dikenali ramai tidak kira negara. Mula berkecimpung dari tahun 2008, membuatkan Afgan mempunyai banyak pengalaman manis dan pahit dalam dunia nyanyian.
“Untung Diorang Dapat Dengar Free Haji Afgan Menyanyi”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @titoswift13 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 113 ribu, tanda suka sebanyak 8,756 dan sebanyak 350 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Afgan yang memakai jubah kemudian beliau menyanyikan lagunya di dalam bas bersama jemaah lain yang menunaikan haji bersamanya itu.
@titoswift13afgan nyanyi dipanggung udah biasa, ini afgan nyanyi dibus dengan mic seadanya tetap keceh suaranya #afgansyahreza #indonesia #trending #fypシ゚ #haji #afgan #tiktok #2025
♬ suara asli – titoswift13 – titoswift13
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa walaupun mikrofonnya kedengaran pecah namun suaranya tetap kedengaran merdu.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah riah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.