Sophia Albarakbah Tak Tolak Jodoh Dengan Sahabat Baik 14 Tahun

2 hours ago 2

Sophia Albarakbah tidak menolak sekiranya suatu hari nanti ditakdirkan berjodoh dengan sahabat baiknya sejak zaman universiti, meskipun sebelum ini dia pernah mengakui sudah menutup pintu hati untuk bercinta. Menurut pelakon berusia 32 tahun itu, hubungan akrab yang terjalin lebih 14 tahun dengan rakan lelakinya itu sememangnya mendapat restu keluarga sejak dahulu lagi. Malah, lelaki berkenaan yang enggan dikenali turut hadir menemani keluarganya pada malam gala filem Tembuni Berdarah baru-baru ini.

“Itu kawan lama saya, 14 tahun kenal dari zaman universiti. Memang dia rapat dengan keluarga saya. Dia sentiasa ada dengan saya, tak pernah tinggal. Buat masa sekarang, saya tak nak letak label, kami memang kawan. Kalau ada jodoh, okeylah. Keluarga sentiasa restu dari dulu,” jelasnya.

Bagaimanapun, Sophia menegaskan bahawa dirinya masih belum mahu terlalu memikirkan soal rumah tangga kerana ingin memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perjalanan seni. Katanya, apa yang lebih utama kini ialah menghasilkan karya yang mampu memberi kepuasan kepada penonton dan membuktikan bakatnya sebagai pelakon.

“Sekarang nak fokus hasilkan kerjaya orang suka tengok. Saya mahu orang pandang bakat saya lebih banyak. Fasal kahwin, saya memang tak fikir lagi, kalau ada saya ikut keadaan saja,” katanya sambil mengakui kawan baiknya dan keluarga sentiasa menjadi penyokong utama kariernya.

Sophia sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang doktor yang digelar Mr. Doktor sekitar Mac 2023. Namun, kisah cinta tersebut tidak bertahan lama apabila berakhir pada penghujung tahun sama, selepas dia beberapa kali memuat naik hantaran berbaur patah hati di media sosial. Kini, biarpun tidak mahu terburu-buru soal cinta, Sophia dilihat lebih selesa melangkah tenang bersama insan yang sudah lama menjadi sebahagian daripada kehidupannya.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |