Kalau sebut nama Charlie Kirk, mungkin ramai rakyat Malaysia tak berapa kenal. Tapi di Amerika Syarikat, dialah antara wajah paling hot dalam politik konservatif. Baru-baru ini kecoh bila Charlie ditembak mati masa tengah ceramah di Utah Valley University (UVU). Ramai yang terkejut sebab dia baru 31 tahun, masih muda tapi pengaruhnya besar.

Charlie ini sebenarnya orang kanan Donald Trump. Dia terkenal sebab jadi pengasas bersama Turning Point USA masa umur baru 18 tahun je. Dari situ, dia bangun gerakan anak muda konservatif terbesar di negara tu. Kalau orang cakap tentang gerakan “Make America Great Again”, nama Charlie memang tak boleh tinggal.
Gaya dia pun jenis tak takut kontroversi, suka lawan isu panas macam imigrasi, transgender, bangsa dan macam-macam lagi. Itu yang buat dia ada fanbase setia, tapi dalam masa sama, juga ramai musuh. Dia ada podcast sendiri, selalu masuk TV Fox News, tulis buku bestseller, malah rapat dengan anak Trump, Donald Trump Jr.
Masa kejadian tembakan tu, Charlie tengah berdebat dengan seorang pelajar tentang isu tembakan rambang. Tengah panas-panas hujah, tiba-tiba kedengaran bunyi das tembakan, terus kena leher. Orang ramai panik lari lintang pukang, dan isteri serta anak-anaknya pun ada di situ masa semuanya berlaku.

Selepas tragedi tu, satu Amerika tergoncang. Trump umum bendera separuh tiang, siap marah “radikal kiri” yang dituduh jadi punca budaya benci. Dari Obama, Netanyahu sampailah ke orang kanan Putin, semuanya bagi reaksi.

Nak tahu siapa Charlie Kirk ni? Dia bukan sekadar penceramah politik biasa. Dia simbol gerakan konservatif muda Amerika, orang yang cuba ubah hala tuju politik negara tu. Cuma malangnya, hidup dia tamat dengan cara paling tragis, ditembak depan ribuan mata.

1 month ago
39










![[VIDEO] Fazura Perjelas Isu ‘Jodoh & Berkahwin’ Raih Perhatian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-3.jpg)
![[VIDEO] Cakap Kat Anak Saya ‘Mak Kau Hijau’ Saya Tak Marah Sebab..-“Siti Nurhaliza](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-2.jpg)



















![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)



![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)
![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)





![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
