Selepas Barbie Hsu, Pelakon China Kacak Ini Pula Meninggal Dunia Akibat Influenza

1 month ago 44

Pelakon China yang sedang meningkat naik, Liang Youcheng telah disahkan meninggal dunia pada usia yang sangat muda, 27 tahun. Kematian pelakon kacak ini dilaporkan akibat komplikasi selsema.

Kematian yang mengejutkan ini menjadi perbualan ramai selepas dunia hiburan baru sahaja kehilangan pelakon Taiwan popular, Barbie Hsu yang meninggal dunia akibat radang paru-paru berkaitan influenza.

Foto – Celeb Zoom / Focus Taiwan

Dipetik daripada beberapa laporan media China, Youcheng pada mulanya dipercayai hanya diserang selsema. Tak lama selepas itu, keadaanya mula merosot dengan cepat sehingga mengakibatkan jangkitan sistem saraf pusat.

Walaupun dia telah mendapat rawatan kecemasan, Youcheng dilaporkan meninggal dunia pada 30 Januari 2025 di hospital, tanpa ahli keluarga hadir di sisinya.

Foto – Must Share News

Menurut beberapa laporan, kematian Youcheng mungkin berkaitan dengan komplikasi daripada jangkitan Influenza A walaupun ianya belum lagi disahkan.

Sekadar info, sebelum pemergiannya, Youcheng telah bercuti ke Bali, Indonesia bersama rakan-rakannya. Kongsiannya di media sosial menunjukkan dia kelihatan ceria dan sihat. Ketika Tahun Baru Cina, dia tinggal di bandar berbanding pulang ke rumah keluarga.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |