[REVIEW] 8 Sebab Galaxy Z Fold7 Buat MURAI Terpikat, Dari Skrin Besar Hingga AI Gemini Yang Padu

3 hours ago 6

MURAI berpeluang mencuba unit pinjaman SAMSUNG Galaxy Z Fold7 dalam warna Blue Shadow, dan wow… ini memang model yang buat hati rasa berdebar nak pakai. Mana tidaknya, model ini bukan sama macam telefon pintar yang kita selalu pakai tu.

Harga pasaran bermula sekitar RM7,799, jadi memang kategori premium habis. Tapi jujurnya, lepas beberapa hari guna, MURAI rasa Fold7 bukan sekadar gajet untuk kayangan, ada banyak ciri praktikal untuk kegunaan harian yang buat ia lain daripada biasa.

1. Rasa Macam Telefon Biasa

Walaupun ia telefon lipat, skrin luar 6.5 inci tu buatkan MURAI hampir lupa yang Fold 7 boleh dibuka jadi tablet. Segala fungsi asas macam mesej, call atau scroll media sosial rasa macam guna smartphone slab standard.

2. Rupa ‘Slab Phone’ Sebenar

Dari depan dan belakang, Fold7 nampak macam telefon pintar biasa je. Warna Blue Shadow pula memang classy, kalau tak buka lipatan, orang sekeliling takkan tahu ini foldable premium.

3. Kamera Bump Yang Ketara Tapi Berbaloi

Badan yang super-thin (8.9mm bila dilipat, 4.2mm bila dibuka) buatkan kamera bump belakang menonjol kira-kira 5.5mm. Nampak jelas, tapi hasil gambar memang padu, jadi MURAI tak kisah langsung.

4. Gambar & Video Fleksibel

Ambil gambar paling senang bila telefon ditutup, tapi MURAI suka option buka atau separuh lipat untuk hands-free photos. Rasa macam ada tripod mini siap Flex mode untuk rakam video atau selfie.

5. Multitasking Level Boss

Fold 7 boleh jalankan dua aplikasi penuh side-by-side atau sampai lapan apps serentak dalam split-screen dan floating windows. MURAI senang buat kerja sambil layan YouTube tanpa lag.

6.Pengecasan Laju

Bateri dia tahan hampir dua hari. Cas penuh hanya 82 minit dan boleh capai 60% kuasa dalam masa kurang setengah jam dengan pengecas 25W ke atas (kena beli berasingan). Memang praktikal bila rushing.

7. Flex Mode Memang Best

Nak tengok Netflix atau YouTube? Lipat separuh dan letak atas meja, terus jadi mini laptop. Tak perlu stand tambahan, memang sesuai untuk santai di kafe atau dalam flight.

8. Gemini Live Untuk Produktiviti

Skrin utama 8 inci yang lebih luas bukan sekadar cantik,  ia bagi ruang lebih untuk produktiviti. Dengan sokongan multi-window, urus pelbagai tugas jadi mudah. Fitur Gemini Live pula memang best, boleh terima arahan suara atau video, malah buat screen sharing.

Nak susun idea? Tulisan tangan boleh terus ditukar jadi checklist digital. Terjumpa produk menarik? Hanya kongsi skrin, dan Gemini akan cari item serupa. Dari kenal pasti objek sampai tambah event ke kalendar, semua boleh dibuat tanpa tukar skrin. Memang jimat masa dan buat kerja harian jadi smooth.

Spesifikasi Ringkas

  • Main Screen: 8” QXGA+ AMOLED fleksibel, 120Hz (368ppi)
  • Cover Screen: 6.5” FHD+ AMOLED, 120Hz (422ppi)
  • Processor: Qualcomm Snapdragon 8 Elite for Galaxy
  • RAM & Storage: 12GB RAM, pilihan 256GB/512GB/1TB
  • OS: One UI 8 berasaskan Android 16
  • Camera: Belakang 200+12+10MP (3x telefoto), depan 10MP+10MP
  • Connectivity: 5G, dual sim, e-sim, USB-C, WiFi 7, NFC, Bluetooth 5.4, GNSS
  • Ketahanan Air: IP48 (1.5m selama 30 minit)
  • Dimensi: Lipat 158.4×72.8×8.9 mm | Buka 158.4×143.2×4.2 mm 

Dengan harga bermula RM7,799, Galaxy Z Fold 7 bukan murah, tapi setiap sen terasa berbaloi untuk mereka yang mahukan gajet masa depan. Rasa macam telefon biasa bila ditutup, tapi bila dibuka, terus jadi tablet multitasking. Warna Blue Shadow pula menambah gaya mewah. Untuk MURAI, ini adalah telefon lipat paling praktikal dan elegan setakat ini, sesuai untuk korang yang nak gaya dan fungsi dalam satu paket premium.

Belum cuba lagi? Singgah je ke mana-mana Samsung Experience Store dan alami sendiri kehebatan Galaxy Z Fold 7,  kalian boleh uji contoh penggunaan AI, Gemini Live dan Flex mode yang Murai kongsikan tadi. Serius, sekali cuba memang susah nak lupa!

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |