Pewaris Gucci, Alexandra Zarini telah diberikan ganti rugi sebanyak $115 juta (sekitar RM 483,230,000) terhadap bekas bapa tirinya iaitu Joseph Ruffalo yang dikatakan telah menderanya secara seksual selama 16 tahun, sejak usianya enam tahun.
Alexandra, yang turut dikenali sebagai pereka beg tangan dan aktivis perlindungan kanak-kanak, melaporkan bapa tirinya selepas mendapati profil LinkedIn Joseph menyatakan dia telah menjadi sukarelawan di hospital kanak-kanak.
“Saya mahu mencari keadilan dan menentang penjenayah yang telah menyakiti saya, Joseph Ruffflo.”
Dalam keterangannya, Alexandra turut mendedahkan kesan psikologi yang dialaminya termasuklah kesukaran untuk membina kepercayaan dengan lelaki. Dia juga mengakui berasa lebih selamat dan selesa ketika menjalinkan hubungan dengan seorang wanita ketika masih muda.
Foto – The New York Times / DiscogsKes ini secara tidak langsung telah mencetuskan keretakan dalam keluarga Gucci. Hubungan Alexandra dengan ibunya, Patricia Gucci dan kakaknya, Victoria Gucci-Losio telah renggang sejak tuntutan mahkamah difailkan olehnya pada tahun 2020.
Ketika pembicaraan kes tersebut, Victoria akhirnya bersuara dan mendedahkan bahawa dia juga pernah menjadi mangsa penderaan Joseph sejak usianya empat tahun. Dia juga menambah penderaan itu berlaku terlalu kerap terutamanya ketika usianya sembilan tahun.
Profil Alexandra Zarini
Untuk rekod, Alexander Zarini atau nama penuhnya Alexandra Gucci Zarini dilahirkan pada tahun 1985 di New York City, Amerika Syarikat. Dia merupakan cucu kepada Aldo Gucci dan cicit Guccio Guccio, iaitu pengasas jenama Gucci. Manakala ibunya, Patricia Gucci ialah anak kepada Aldo Gucci dan Bruna Palombo.
Alexandra menubuhkan sebuah jenama fesyen mewah iaitu AGCF pada tahun 2024 dan Alexandra Gucci Children’s Foundation iaitu sebuah organisasi amal yang memberi tumpuan kepada perlindungan serta kebajikan kanak-kanak.

1 month ago
53










![[VIDEO] Fazura Perjelas Isu ‘Jodoh & Berkahwin’ Raih Perhatian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-3.jpg)
![[VIDEO] Cakap Kat Anak Saya ‘Mak Kau Hijau’ Saya Tak Marah Sebab..-“Siti Nurhaliza](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-2.jpg)



















![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)



![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)
![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)





![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
