Penyanyi Nourul Depp melahirkan rasa syukur apabila kediamannya bersama keluarga di Bali tidak terjejas meskipun pulau peranginan terkenal Indonesia itu kini berdepan musibah banjir kilat. Pemilik nama penuh Noorulhuda Abdul Wahab, 48, berkata, kehidupan hariannya masih berjalan seperti biasa, namun perasaannya tetap dirundung hiba melihat keadaan penduduk yang terkesan teruk akibat bencana tersebut.

Dalam perkongsian di Instagram, Nourul menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang mengambil berat dan bertanya mengenai keadaan keluarganya. Katanya, kawasan tempat tinggalnya serta sekolah yang diuruskan mereka tidak mengalami kerosakan, tetapi beliau tidak dapat menafikan rasa simpati mendalam terhadap keluarga-keluarga yang berdepan kesukaran, terutamanya di kawasan Denpasar serta beberapa daerah lain yang teruk dilanda banjir.

Nourul turut mengajak orang ramai, termasuk rakyat Malaysia, untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir kilat di Bali. Menurutnya, sebarang bentuk sumbangan seharusnya disalurkan menerusi pihak berautoriti agar lebih teratur dan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Malah, sekolah yang dikendalikannya sendiri kini sedang mengumpulkan dana dan barangan bantuan untuk disalurkan kepada penduduk tempatan, termasuk haiwan yang turut terkesan akibat bencana.

Beliau menegaskan, ini adalah masa untuk masyarakat berganding bahu menghulurkan pertolongan tanpa mengira latar belakang kerana kesannya bukan sahaja melibatkan kehilangan harta benda, tetapi juga nyawa.
Terdahulu, lima daerah di Bali termasuk ibu negerinya, Denpasar, dilaporkan terjejas teruk apabila banjir kilat melanda sejak Selasa lalu. Kejadian itu memaksa hampir 200 penduduk dipindahkan ke kawasan selamat. Menurut laporan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, sekurang-kurangnya 13 orang disahkan terkorban manakala enam lagi masih dilaporkan hilang. Tragedi itu sekali gus mencetuskan suasana cemas di kawasan tumpuan pelancongan terkenal dunia tersebut.

1 month ago
39










![[VIDEO] Fazura Perjelas Isu ‘Jodoh & Berkahwin’ Raih Perhatian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-3.jpg)
![[VIDEO] Cakap Kat Anak Saya ‘Mak Kau Hijau’ Saya Tak Marah Sebab..-“Siti Nurhaliza](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-2.jpg)



















![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)



![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)
![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)





![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
