Pelakon dan personaliti media sosial, Norreen Iman tidak lagi mahu menjawab persoalan mengenai rumah tangganya yang menjadi bualan ramai di media sosial.
Sebelum ini, rumah tangga Norreen dan suaminya Razzi menjadi bualan ramai selepas dikatakan telah berpisah. Walaubagaimanapun, Norreen menafikan spekulasi tersebut selain menegaskan bahawa perkahwinan mereka masih utuh.
Tidak Akan Jawab Persoalan Rumah Tangga
Norreen Iman menerusi hantaran di Instagram dilihat memuatnaik foto mereka berdua selain menegaskan bahawa dia hanya akan berkongsi apa yang dirasakan perlu dan tidak akan menjawab persoalan mengenai rumah tangga mereka berdua.
“Tiada lagi persoalan mengenai perkahwinan saya. Saya akan berkongsi apa yang saya mahu tunjuk kepada anda. Saya menjalani kehidupan seperti yang saya mahukan.”-kongsi Norreen di Instagram
Mohon Doa Orang Ramai
Dalam pada itu, pelakon dilem DELEN turut meminta orang ramai untuk menitpkan doa buat kebahagiaan mereka sekeluarga.
“Hanya doakan kebahagiaan saya kerana itu yang saya lakukan dengan menghasilkan video untuk anda.
Saya akan sentiasa menjadi ‘Mommy’, dia akan sentiasa menjadi ‘Babah’ kepada anak-anak kami.”-tambah Norreen lagi
“Aku Sayang Gila Pasangan Ni…”

Di ruangan komen, kenyataan Norreen mencetuskan pelbagai reaksi netizen, malah ramai yang mendoakan agar pasangan ini berkekalan hingga ke Jannah.
“Aku sayang gila pasangan ni walaupun diorang tak kenal aku. Moga sampai syurga Allah.”
“Dia dah bagitau jawapan, tinggal korang je la bengap nak paham ke tak ayat tersurat dia ni.”
“Semoga Allah merahmati pasangan ini dan kekal bercinta hingga ke syurga.”
“Entah netizen mana yang sibuk cakap diorang berpisah. Cuba laa doa yang baik-baik.”
Sekadar info, Norreen Iman dan Razzi mendirikan rumah tangga pada 2011. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata.

3 months ago
65











![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)


![[VIDEO] Selepas Pokok Bunga, Aliff Syukri Jual Batu Pula- “300 Biji Sold Out!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3-12.jpg)
















![[VIDEO] Penampilan Rizman Nordin Dalam Video ‘Throwback’ ABPBH Jadi Bualan Peminat](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Screenshot-2025-09-03-at-2.05.26-PM.jpg)


![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)





![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)








![[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/2912221.jpeg)