Nora Danish Titip Pesanan Buat Kaum Wanita, Perbanyakkan Amalan Ini Untuk Elak Muflis Di Akhirat

2 days ago 10

Pengarah Shahrulezad Mohameddin, lebih dikenali sebagai Budak Ijat, baru-baru ini berkongsi semula hantaran pelakon Nora Danish mengenai amalan bersedekah.

Kongsi Tangkap Layar Nora Danish

Dalam posting tersebut Budak Ijat menunjukkan tangkap layar daripada akaun media sosial Nora yang memberikan nasihat kepada wanita supaya memperbanyakkan istighfar dan bersedekah.

Dalam hantaran tersebut, Nora mengingatkan bahawa amalan bersedekah bukan hanya memberi manfaat kepada diri sendiri, tetapi juga dapat membantu menghindarkan diri dari kebiasaan mengumpat atau mengata orang lain.

Dengan istighfar dan bersedekah juga dapat mengelakkan diri daripada muflis di akhirat kelak.

Untuk wanita terutamanya, Nabi berpesan supaya kita banyakkan istighfar dan bersedekah supaya kita tidak muflis di akhirat. Sebabnya, kita sering terjebak dengan kebiasaan suka ‘membawang’.

Elak Dari Muflis Di Akhirat

via Instagram Budak Ijat

Beliau juga berkongsi cara untuk memanfaatkan sedekah dengan niat yang tulus.

Ketika bersedekah, niatkan, ‘Ya Allah, sedekah ini aku khususkan untuk mereka yang aku zalimi, mereka yang berhak atas diriku.

Jika kita ingin meminta maaf kepada orang yang kita umpat, kadang-kadang itu mustahil, terutama kepada mereka yang tidak pernah kita temui.

‘Membawang’ di sini merujuk kepada perbuatan mengumpat atau mengadu domba, yang mana ia adalah kebiasaan membicarakan hal peribadi orang lain tanpa manfaat.

Nora menekankan bahawa dengan bersedekah dan bertaubat, kita dapat mengelakkan diri daripada tabiat buruk tersebut dan mendekatkan diri kepada Tuhan.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |