Neelofa sekali lagi membuktikan dirinya bukan sekadar figura popular dalam dunia fesyen dan perniagaan, sebaliknya seorang wanita yang sentiasa mencari ruang untuk memperkukuh hubungan dengan Allah. Terkini, usahawan dan selebriti berusia 36 tahun itu nekad mendalami bahasa Arab, langkah yang diambil semata-mata demi menambah kecintaan terhadap al-Quran. Baginya, tidak cukup sekadar membaca tanpa memahami, sebaliknya beliau mahu menghayati kalam suci itu dengan penuh makna.

Menerusi perkongsian di Instagram, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor meluahkan hasrat untuk membaca al-Quran dengan kefahaman mendalam tanpa perlu bergantung kepada terjemahan.
“Perjuangan ini demi mencintai al-Quran lagi dan lagi. Belajar bahasa Arab moga Allah rezekikan untuk saya dapat membaca al-Quran dengan faham satu persatu tanpa perlu merujuk maksud. Amin ya rabb aminn,” tulisnya.
Luahan tersebut segera menarik perhatian ramai pengikutnya di media sosial yang kagum dengan usaha murni itu. Bagi mereka, meskipun Neelofa sinonim dengan gaya hidup glamor, kesungguhannya untuk mendekatkan diri kepada agama menjadikan beliau sumber inspirasi. Malah ada yang menyifatkan dirinya sebagai ikon wanita Muslimah moden yang berjaya menyeimbangkan dunia dan akhirat.

“Masya-Allah, kagum melihat kesungguhan Neelofa. Walau sibuk dengan perniagaan, masih mencari ruang untuk belajar bahasa Arab. Inspirasi buat ramai,” ujar seorang pengikut di ruangan komen.
Neelofa yang kini bergelar ibu kepada dua anak lelaki, Muhammad Bilal berusia empat tahun dan Abdullah Abbas berusia dua tahun, tidak asing dengan perubahan positif dalam hidupnya. Sejak memilih untuk bertudung penuh pada 2014 sebelum tampil berniqab pada Oktober 2020, setiap langkahnya sering mencetuskan fenomena serta menjadi ikutan dalam kalangan wanita Muslim.

Pada 27 Mac 2021, beliau mendirikan rumah tangga bersama pendakwah bebas, Haris Ismail, dan sejak itu perjalanan hidupnya kerap dikaitkan dengan penghijrahan ke arah lebih baik. Usaha terbaharunya mempelajari bahasa Arab sekali gus menegaskan bahawa kecintaan terhadap al-Quran adalah pendorong utama dalam setiap fasa hidupnya.

1 month ago
45










![[VIDEO] Fazura Perjelas Isu ‘Jodoh & Berkahwin’ Raih Perhatian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-3.jpg)
![[VIDEO] Cakap Kat Anak Saya ‘Mak Kau Hijau’ Saya Tak Marah Sebab..-“Siti Nurhaliza](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-2.jpg)



















![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)



![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)
![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)





![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
