Mahu Timang Anak, Travis Kelcey Pasang Niat Mahu Kahwini Taylor Swift

1 week ago 23

Pasangan selebriti Travis Kelce dan Taylor Swift dilaporkan teruja untuk mendirikan rumah tangga selepas mendapat inspirasi daripada Jason Kelce dan isterinya, Kylie Kelce yang baru sahaja menyambut kelahiran anak keempat mereka.

Menurut sumber terdekat, Taylor dan Travis sangat teruja dengan berita gembira itu serta memberikan pelbagai hadiah kepada bayi tersebut.

Foto – In Style

Kongsi sumber terdekat itu, Travis yang melihat abangnya, Jason telah “melengkapkan” keluarganya dan itu membuatkan kekasih Taylor tidak sabar untuk memulakan keluarga sendiri.

“Travis mahu mempercepatkan hubungannya dengan Taylor. Dia mahu berkahwin dengan Taylor dan memulakan keluarga sendiri apabila penyanyi itu sudah bersedia.”

Foto – People

Malah Travis juga pernah memberitahu Taylor bahawa dia sanggup menimang cahaya mata sebelum berkahwin secara rasmi kerana keinginannya untuk bergelar “bapa” begitu kuat.

Foto – People

Sumber itu juga mendedahkan bahawa naluri keibubapaan Travis menyerlah apabila dia meluangkan masa bersama anak saudaranya.

Individu dalam lingkungan rapatnya juga yakin Travis akan menjadi figura bapa yang hebat dan luar biasa.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |