Terpaksa Tanggung Perit, Ini Yang Bobby Deol Mengadu Tentang Bau Mulut Manisha

1 day ago 13

Kalau kamu nak tahu, filem ‘Gupt: The Hidden Truth’ yang dibintangi oleh Bobby Deol, Manisha Koirala dan Kajol telah menjadi salah satu filem yang paling terlaris pada tahun 1997.

Menjadi titik perubahan dalam karier, Bobby ada berkongsi satu insiden yang agak melucukan semasa menjalani penggambaran filem itu dengan salah satu aktres iaitu Manisha Koirala.

Foto – Pinterest

Mengimbau kembali pengalaman bekerja dengan Manisha, Bobby mendedahkan mendedahkan bahawa aktres mempunyai bau mulut yang agak berbau semasa mereka menjalani penggambaran untuk lagu ‘Bechaniyaan’.

Bobby secara berjenaka memberitahu bahawa Manisha terpaksa mengigit dagunya untuk adegan lagu tersebut. Tetapi dia tidak sangka, mulut Manisha mengeluarkan bau bawang yang kuat menerusi nafasnya. Akibatnya, dia tidak dapat memberi fokus sepenuhnya pada adegan romantik.

Foto – First Post

Bobby kemudiannya merancang untuk mengenakan Manisha kembali. Dia meminta bantuan pelakon lain, yang memainkan watak abang Manisha untuk makan bawang sebelum meneruskan penggambaran dengan aktres itu.

Dia meminta pelakon itu untuk bernafas dengan berat bagi mengeluarkan bau bawang semasa penggambaran. Walau bagaimanapun, tindakannya tidak berjaya kerana Manisha tidak bertindak balas.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |