Top 5 Kisah Curang Akshay Kumar Yang Mengejutkan Peminat Suatu Ketika Dahulu

1 day ago 12

Walaupun kini hidup bahagia bersama isteri, Twinkle Khanna dan anak-anaknya, Akshay Kuamr pernah dijuluki gelaran playboy serta kasanova di awal kariernya. Ini kerana, dia dilaporkan telah menjalinkan hubungan dengan beberapa aktres terkenal Bollywood lain dalam satu masa yang sama.

Nak tahu siapa mereka?

1. Rekha 

Cinta segi tiga berlaku semasa filem ‘Khiladiyon Ka Khiladi’ yang dibintangi oleh Akshay Kumar, Rekha dan Raveena Tandon. Semasa penggambaran, Rekha jatuh cinta dengan Akshay kerana sikapnya yang mesra.

Foto – India News TV

Tanpa disedarinya, ketika itu Akshay sebenarnya sedang menjalinkan hubungan dengan Raveena Tandon. Melihat sikap playboy Akshay, Raveena meminta Rekha untuk menjauhkan diri. Kisah ini menjadi bualan ramai ketika itu dan menjadi tajuk utama di beberapa media.

2. Katrina Kaif 

Walaupun sudah berkahwin, Akshay terlibat sekali lagi dalam cinta lokasi dengan Katrina Kaif. Khabarnya, hubungan mereka menjadi rapat, lebih daripada sekadar kawan selepas bekerjasama dalam filem ‘Humko Deewana Kar Gaye’ dan ‘Namaste London’.

Foto – Pinterest

Untuk khabar angin ini, Twinkle  tidak mengeluarkan sebarang respons dan tindak balas. Khabar angin ini kemudiannya hilang seperti itu sahaja.

3. Shilpa Shetty 

Perkahwinan Akshay dan Raveena Tandon telah dibatalkan kerana aktor itu terperangkap dalam hubungan dengan Shilpa Shetty.

Foto – Facebook

Menurut sumber, mereka tinggal bersama selama kira-kira setahun. Tetapi akhirnya Shilpa memutuskan hubungannya dengan Akshay setelah mengetahui aktor itu sedang menjalinkan hubungan dengan kawan baiknya, Twinkle Khanna.

4. Priyanka Chopra 

Selepas berkahwin dengan Twinkle pada tahun 2001, Akshay tidak lagi terlibat dalam skandal cinta lokasi. Tetapi tabiatnya seperti sukar dihentikan kerana muncul khabar angin mengenainya dengan Priyanka Chopra.

Foto – Times of India

Bekerjasama dalam 4 filem yang sama, chemistry yang kuat di skrin Bollywood akhirnya menjadi realiti. Industri melihat percintaan rahsia mereka dan Twinkle mula mengambil langkah, memberi amaran kepada Akshay untuk tidak lagi bekerja dengan Priyanka.

5. Raveena Tandon 

Pertengahan tahun 90-an, Akshay dan Raveena Tandon adalah pasangan kegemaran ramai. Hubungan mereka bermula sebagai kawan baik dan kemudiannya kekasih.

Foto – NDTV

Dalam sebuah temu bual, Raveena mendedahkan mereka akan berkahwin tidak lama lagi. Malangnya, sebelum berkahwin, dia melihat Akshay mengusik Rekha dan mengetahui bahawa aktor itu menjalinkan hubungan secara rahsia dengan Shilpa Shetty.

Patutlah dia digelar playboy…

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |