Pelakon, Abby Abadi meluahkan rasa kesal terhadap bekas suami terhadap isu anak-anak mereka yang sedang tular di media sosial, baru-baru ini.
Abby, menerusi hantaran di Thread mengakui bahawa tindakannya yang terlalu berlembut dan mengalah dalam segala hal telah menyebabkan keadaan berlaku di luar jangkaan untuk jangka masa yang panjang.
“Terlalu banyak kesilapan yang saya buat. Antaranya terlalu berlembut dan mengalah dalam semua hal. Rilek dan tenang sangat. Rupanya untuk jangka masa panjang, keadaan jadi di luar jangkaan.”-luah Abby Abadi
“Ingatkan Bila Berbaik, Hal-Hal Anak-Anak Akan Jadi Lebih Baik. Tapi…”
Tambahnya lagi, Abby Abadi atau Arbaiyah Abdul Manan turut berpendapat masih banyak perkara yang belum selesai dan mengecewakannya biarpun sudah berpisah dengan bekas suaminya yang juga pelakon, Norman Hakim.
“Perkara saling berkait. Sebagai bekas isteri kepada…Banyak perkara yang tak selesai dan mengecewakan saya.
Berbelas tahun dah, ingatkan bila berbaik, hal-hal anak-anak akan jadi lebih baik. Tapi, sebagai Mama kepada anak-anak yang ada ni. Saya menyesa; tentang banyak perkara. Sebut nanti kata buka aib pula.”-tulis Abby lagi
Sekadar info, Abby Abadi pernah mendirikan rumah tangga dengan Norman Hakim pada 2002 sebelum berpisah pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohd Danish Hakim, Marissa Dania Hakim, dan Maria Danisha Hakim.
Abby kemudian berkahwin dengan pilihan hatinya, Muhammad Faizal Zakaria pada Ogos 2015. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang dilahirkan secara pramatang. Namun, cahaya matanya itu menghembuskan nafas terakhir selepas lebih dua bulan mendapatkan rawatan.
Manakala, Norman pula berkahwin dengan pelakon, Memey Suhaiza pada September 2011. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.