Larry Ellison Rampas Takhta Orang Paling Kaya Dunia, Nah.. Ini Kediamannya Bernilai RM1.3 bilion Di Florida

1 day ago 11

Dulu kalau orang tanya siapa paling kaya dalam dunia, mesti ramai jawab Elon Musk, si bos Tesla, SpaceX, dan dulu punya Twitter tu. Tapi sekarang, kedudukan dia dah mula jatuh, kawan baik dia sendiri, Larry Ellison tiba-tiba potong line jadi orang nombor satu.

Ellison ni sebenarnya bos lama syarikat komputer Oracle. Jangan main-main, baru-baru ni dia untung lebih RM400 bilion sehari bila saham syarikat dia melambung tinggi. Punca? Oracle dapat projek besar dengan OpenAI, syarikat AI yang buat ChatGPT ni lah.

Sekarang harta Ellison dah cecah lebih RM1.64 trilion, rapat-rapat je dengan Musk yang ada lebih kurang RM1.83 trilion. Ada indeks yang kira siap letak Ellison dah rasmi jadi orang terkaya, sebab beza sikit je pun.

Yang kelakarnya, Ellison ni bukan musuh Musk pun. Diorang geng baik. Ellison dulu pernah bagi pinjam duit lebih RM4.6 bilion masa Musk nak beli Twitter, siap duduk dalam board Tesla lagi. Tapi Tesla pula tengah jatuh teruk sekarang sebab jualan kereta lemah dan perangai Musk yang banyak kontroversi.

Sebaliknya, Oracle tengah meletup sebab permintaan AI makin tinggi. Dengar kata OpenAI nak guna servis Oracle bernilai lebih RM1.38 trilion dalam tempoh lima tahun. Memang besar gila projek tu, boleh kaya tujuh keturunan.

Ellison ni pun bukan baru nak belajar kaya. Dia tubuhkan Oracle sejak tahun 70-an lagi, dah biasa lawan Microsoft, IBM semua tu. Selain kerja, dia pun suka benda mewah macam pelayaran kapal layar dan jadi tuan tanah untuk kejohanan tenis besar.

Rumah Mewah Termahal Di AS

Bukan setakat duit dalam akaun, Ellison pun hidup macam raja. Bersebelahan dengan rumah tepi laut dia di Manalapan, Florida, ada projek gila, rumah bernilai AS$285 juta (lebih kurang RM1.3 bilion) yang dah dapat kelulusan untuk mula binaan.

Rumah ni akan jadi rumah baru paling mahal pernah dibina di Amerika Syarikat, siap ada pantai peribadi, muzium kereta, bowling alley, shooting range dan spa. Luasnya? Lebih 54,000 kaki persegi, macam taman tema peribadi!

Kesimpulannya, hari ni Musk, esok mungkin Ellison, lusa entah siapa pula. Dunia orang kaya ni memang cepat berubah, kita rakyat marhaen tengok je la,  setakat tambah minyak motor pun dah rasa kaya sehari.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |