Konsert NIDJI 2.3: The New Chapter Buat 10,000 Peminat Tak Boleh ‘Move On’!

1 month ago 53

Suasana di Axiata Arena, Bukit Jalil baru-baru ini dipenuhi dengan keajaiban apabila konsert yang ditunggu-tunggu oleh semua, ‘NIDJI 2.3: The New Chapter membuatkan peminat tak boleh ‘move on’!.

Vokalis kumpulan NIDJI, Yusuf Ubay atau nama penuhnya Muhammad Yusuf Nur Ubay berjaya menawan emosi 10,000 peminatnya dengan persembahan yang sangat energetik.

Ulang Tahun ke-23 Dalam Industri

Konsert NIDJI 2.3: The New Chapter yang diadakan ini adalah sempena ulang tahun ke-23 kumpulan NIDJI di dalam industri muzik.

Malah tarikh 2 Februari juga merupakan tarikh istimewa buat vokalis, Yusuf Ubay menyertai kumpulan NIDJI secara rasmi pada 2 Februari 2019 lalu.

Duet Bersama Kugiran MASDO

Bukan itu sahaja, penampilan istimewa oleh band terkenal Malaysia iaitu Kugiran MASDO turut mencuri perhatian peminat apabila berduet bersama melalui lagu band NIDJI yang berjudul Zayang-Zayang.

Mempersembahkan 23 Buah Lagu

NIDJI 2.3: The New Chapter yang berlangsung selama tiga jam itu tampil mempersembahkan sebanyak 23 buah lagu kepada 10,000 peminatnya yang hadir menyaksikan persembahan penuh energetik pada malam itu.

  1. Ku Takkan Bisa
  2. Bolehlah Ku Berharap
  3. Kau Dan Aku
  4. Wadoow
  5. Heaven
  6. Sumpah Dan Cinta Matiku
  7. Teroesir
  8. Di Atas Awan
  9. Segitiga Cinta
  10. Rahasia Hati
  11. Zayang-Zayang ft Kugiran MASDO
  12. Abadi
  13. Getaran Jiwa (Cover P. Ramlee)
  14. Laskar Pelangi
  15. Sudah
  16. Jangan Lupakan
  17. Bila Aku Jatuh Cinta
  18. Teman Sejati
  19. Lampu Hati
  20. Arti Sahabat
  21. Disco Lazy Time
  22. Biarlah
  23. Hapus Aku

Tahniah diucapkan kepada penganjur iaitu MND Sport & Events kerana telah berjaya konsert yang sangat hebat dan juga OPR NETWORK kerana menjemput MURAI hadir ke konsert.

Kesempatan untuk menyaksikan persembahan hebat ini tentunya memberi inspirasi kepada peminat muzik di seluruh negara. Semoga lebih banyak lagi konsert seperti ini diadakan di masa hadapan, membawa lebih banyak keceriaan dan pengalaman indah kepada semua

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |