KLCC Jadi Saksi Rezeki Dua Kali Berturut! Menang RM5,000 Tahun Lepas, Kini RM10,000 Pula

2 weeks ago 24

Bukan semua orang berpeluang merasai tuah dua kali berturut-turut, namun itulah yang berlaku kepada Asmaliza Mansor, seorang petugas media yang sekali lagi mencipta kejutan apabila memenangi Golden Ticket bernilai RM10,000 dalam kempen The Golden Ticket anjuran Suria KLCC tahun ini.

Apa yang lebih mengagumkan, ini merupakan kemenangan kali kedua buat beliau selepas pernah membawa pulang RM5,000 pada edisi yang lalu. Tahun ini, ketika diberi peluang untuk membuka salah satu kotak misteri, rezeki sekali lagi berpihak kepada beliau.

Asmaliza Mansor

“Saya langsung tidak menjangka akan memenangi hadiah utama sekali lagi. Kemenangan kali ini benar-benar bermakna buat saya,” ujar Asmaliza, yang kelihatan terharu ketika ditemui selepas kemenangan diumumkan.

Ketika ditanya mengenai perancangan dengan e-baucar bernilai RM10,000 itu, beliau berkongsi hasratnya untuk membeli barangan yang bernilai serta praktikal.

“Perancangan saya untuk e-baucar ini adalah membeli barang yang bernilai seperti barang kemas, kerana ia boleh dijadikan kenangan. Selain itu, tahun ini saya akan melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD, jadi saya akan gunakan sebahagiannya untuk membeli keperluan pengajian,” jelasnya lagi.

Kempen “The Golden Ticket” Tawar Hadiah Setiap Hari

Kempen “The Golden Ticket” kembali buat kali keenam di Suria KLCC dan berlangsung dari 9 hingga 25 Mei 2025. Edisi tahun ini dianggap paling menarik setakat ini, bukan sahaja kerana tawaran hadiah yang lumayan, tetapi juga suasana interaktif dan meriah yang ditampilkan.

Setiap hari, seorang pemenang berpeluang membawa pulang e-Baucar Suria KLCC bernilai RM10,000. Untuk menyertai, pelanggan hanya perlu berbelanja RM1,500 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih dalam pusat beli-belah tersebut.

Antara hadiah yang ditawarkan melalui empat jenis tiket ialah:

  • Purple Ticket: e-Baucar RM50
  • Emerald Ticket: e-Baucar RM100
  • Ruby Ticket: e-Baucar RM5,000
  • Golden Ticket: e-Baucar RM10,000

Setiap penyertaan layak akan diberi peluang untuk melontar dadu gergasi dan melangkah di atas papan interaktif bertemakan permainan klasik ‘Snakes and Ladders’, yang diubahsuai dalam gaya moden dengan suasana neon dan elemen digital.

Aktiviti Tambahan dan Suasana Meriah

Untuk menambahkan lagi keterujaan, pemenang tiket Ruby dan Golden akan diraikan dengan muzik perayaan serta pencahayaan neon di Centre Court. Wajah mereka juga akan dipaparkan di Wall of Winners, bersama gambar dan video yang ditayangkan di skrin digital utama.

Selain itu, Suria KLCC turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti:

  • Photobooth bergaya arked
  • Claw machine dengan hadiah eksklusif
  • Gula-gula kapas dan neon glow sticks setiap hujung minggu, terbuka untuk seisi keluarga

Menurut Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, sambutan kempen tahun ini amat menggalakkan.

“Kempen The Golden Ticket telah menjadi tradisi tahunan yang dinantikan pelanggan setia kami. Tahun ini, kami menggandakan kemeriahan agar setiap pengunjung yang menyertai pulang dengan pengalaman yang menggembirakan,” katanya.

Bagi mereka yang tidak dapat hadir secara fizikal, kempen ini turut diadakan secara digital menerusi platform media sosial rasmi Suria KLCC, dengan hadiah wang tunai tambahan turut ditawarkan.

Dengan dua kemenangan besar berturut-turut, Asmaliza menjadi bukti bahawa rezeki boleh hadir tanpa diduga. Mungkin tahun ini, giliran anda pula. Kempen ini masih berlangsung sehingga 25 Mei, jadi rebutlah peluang selagi masih ada.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |