Drama “Iqbal” Tampilkan Fesyen Patuh Syariah Sebagai Inspirasi

1 day ago 17

Drama bersiri terbaharu terbitan RTM berjudul Iqbal mengangkat tema bahawa Islam tidak menghalang umatnya berfesyen asalkan menepati syariat.

Drama 30 Episod

via RTM

Bersiaran mulai 6 Jun setiap hari jam 8 malam di saluran Okey dan RTMKlik, drama 30 episod ini diarahkan oleh Amor Rizan dan diterbitkan oleh NS Star Sdn Bhd.

Ia menampilkan barisan pelakon seperti Hariz Hamdan, Hazwani Helmi, Heliza Helmi, Nor Aliah Lee, dan ramai lagi.

Iqbal mengisahkan seorang pemuda lulusan sekolah pondok yang bercita-cita menjadi pereka fesyen Muslimah.

Namun, impiannya ditentang oleh ahli keluarga yang konservatif, khususnya bapanya dan abangnya, Rafidi.

Fesyen Yang Patuh Syariah

via RTM

Kecewa dengan layanan mereka, Iqbal berhijrah ke Istanbul dan bekerja di butik milik Datin Nazreen, yang tertarik dengan rekaan patuh syariah hasil sentuhan Iqbal.

Di Istanbul, Iqbal bertemu Aliya, seorang pempengaruh fesyen, dan Tiara, jurufoto profesional.

Iqbal menyarankan mereka membina jenama sendiri, bukan sekadar menjual produk orang lain.

Tanpa diketahui, mereka sebenarnya adik kepada Natasha, pereka fesyen ternama di Kuala Lumpur.

Natasha salah faham dan menuduh mereka menciplak rekaan, mencetus konflik keluarga.

Kejar Impian Tanpa Abaikan Agama

via RTM

Rezeki Iqbal mencurah apabila menerima jemputan dari keluarga Diraja Timur Tengah untuk mereka busana pengantin.

Beliau diiktiraf oleh majalah antarabangsa sebagai The Royals Tailor dan berjaya membuka akademi fesyen sendiri di Kuala Lumpur.

Di penghujung cerita, Iqbal pulang ke kampung dan meneruskan madrasah datuknya.

Natasha pula sedar kesilapannya dan berdamai dengan Aliya serta Tiara.

Iqbal dan Aliya akhirnya berkahwin, melambangkan kejayaan dalam mengejar impian tanpa mengabaikan agama dan keluarga.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |