Umum mengetahui, kini bukan hanya golongan warga emas sahaja yang mudah ditipu, malah ramai juga anak muda yang menjadi mangsa dalam modus operandi kegiatan penipuan siber.
Walaupun kumpulan scammer ini sering gunakan pelbagai taktik untuk mencari mangsa, Murai berharap pembaca tidak termakan umpan mereka ye. Untuk elak daripada menjadi mangsa penipuan, Murai cadangkan untuk kamu semak butiran scammer dalam talian melalui Semak Mule CCID PDRM.
Nak tahu caranya?
Apa Itu “Semak Mule CCID PDRM”?
Jika kamu pertama kali mendengar tentang ini, Semak Mule CCID PDRM ialah salah satu fungsi utama dalam Portal CCID (Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Polis Diraja Malaysia).
Layari Semak Mule CCID PDRM untuk membuat semakan segera dan ianya percuma!
Tujuannya adalah untuk membolehkan orang awam menyemak rekod jenayah berkaitan nombor akaun bank, nombor telefon dan nama syarikat bagi mencegah penipuan serta jenayah komersial.
Cara Nak Guna “Semak Mule CCID PDRM”
Sekadar info, platform ini juga membenarkan orang awam untuk membuat laporan sekiranya ada maklumat baharu mengenai scammer, membantu pihak berkuasa untuk bertindak jika wujud elemen penipuan.
Untuk menyemak sama ada orang yang hubungi kamu adalah scammer atau tidak, kamu boleh menggunakan portal Semak Mule CCID PDRM dan ikuti langkah berikut:
Foto – CCID Portal1. Semak Guna Nombor Telefon
- Langkah 1: Layari portal rasmi Semak Mule CCID PDRM
- Langkah 2: Pilih kategori “Nombor Telefon”
- Langkah 3: Masukkan nombor telefon dan pastikan ia nombor telefon Malaysia sahaja
- Langkah 4: Klik semak untuk semakan
2. Semak Guna Nombor Akaun Bank
- Langkah 1: Layari portal rasmi Semak Mule CCID PDRM
- Langkah 2: Pilih kategori “No Akaun Bank”
- Langkah 3: Pastikan kamu masukkan nombor akaun bank yang betul
- Langkah 4: Klik semak untuk semakan
3. Semak Guna Nama Syarikat
- Langkah 1: Layari portal rasmi Semak Mule CCID PDRM
- Langkah 2: Pilih kategori “Nama Syarikat”
- Langkah 3: Taip nama syarikat, dan pastikan kamu masukkan nama yang betul
- Langkah 4: Klik semak untuk semakan
Keputusan: Jika nombor telefon, nombor akaun bank atau nama syarikat tersebut pernah terlibat dengan aduan penipuan, sistem akan paparkan butiran laporan serta amaran. Jika tiada laporan bermakna tiada aduan pernah dibuat tetapi kamu masih perlu berhati-hati.
Foto – eCentralSelain daripada itu, kamu juga boleh muat turun aplikasi Whoscall, sebuah apliasi anti-scammer yang disokong oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). [MUAT TURUN SINI].
Semoga bermanfaat!

3 months ago
67

![[VIDEO] “Anak Saya Hilang Tiga hari!’- Bapa Menangis Cari Anak Hilang Dalam Tanah Runtuh di Sibolga](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/gambar-pakcik.jpg)




























![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)



![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)


![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)



![[VIDEO] Telatah Rina Petah Nyanyi Lagu Melayu, Netizen Terhibur!-“Sumpah Ni Je Yang Tak Cringe..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/45f04852-5a32-4dd3-ba17-c169d90e51c7.jpg)
![[VIDEO] Fazura Menangis Lihat Busana Dengan Potret Arwah Bapa, Netizen Sebak!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/0404C60C-26D5-49A4-A2D6-DE39DB774D4C.jpeg)


![[VIDEO] “Sejujurnya, Saya Manusia Paling Malas Untuk Pergi Event Fashion Show”-Siti Nurhaliza](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-31.jpg)

![[VIDEO] Aliff Syukri Titip Ucapan Istimewa Sempena ‘Anniversary’ Ke-18-“Awalnya Wife Papa Merajuk…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/1FECD934-8676-4FA5-9005-5297CAF81D69.jpeg)

![[VIDEO] “Pintu Lock, Tiba-Tiba Terbuka Tepat 4 Pagi”- Rumah Datin Shahida Ada Gangguan?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/6-5.jpg)