Kerana Rambo, Shah Rukh Khan Pernah Simpan Niat Mahu Jadi Bintang Filem Porno

1 day ago 6

Adakah kamu tahu, menjadi pelakon terkenal Bollywood bukanlah impian Shah Rukh Khan yang sebenarnya?

Berkongsi di sebuah acara pada tahun 2013, Shah Rukh Khan (SRK) mengakui dia sebenarnya menyimpan niat untuk menjadi bintang filem porno berbanding bintang Bollywood.

“Saya sentiasa mahu menjadi bintang porno. Saya akan berusaha dengan segala kepositifan dan kejelasan untuk menjadi bintang porno paling terkenal.”

Foto – The Week

Mendedahkan bagaimana pekerjaan itu menjadi cita-citanya, SRK mendedahkan dia terinspirasi dengan idolanya iaitu Sylvester Stallone, yang popular dengan watak “Rambo”.

“Saya peminat tegar Sylvester Stallone yang merupakan bintang porno sebelum dia menjadi terkenal. Jadi saya pernah simpan impian untuk menjadi sepertinya dan menakluki Amerika.”

Foto – Eat This Not That / Men’s Health

Walaubagaimanapun, jalan hidupnya telah membawanya ke arah yang berbeza. Pada awal kariernya, SRK telah memulakan kerjaya pelakon dengan membintangi siri TV ‘Fauji’ pada 1988. Daripada skrin kecil, dia kemudiannya membuat debut skrin besar menerusi filem ‘Deewana’ pada tahun 1992.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |