“Ini Tentang Aku Tak Tahu Aku Dah Dinikah Awal..”-Uqasha Senrose

6 hours ago 3

Pelakon, Uqasha Senrose sebelum ini membuat pendedahan mengejutkan mengenai tarikh pernikahannya bersama aktor Kamal Adli yang didakwa telah dimanipulasi suaminya itu.

Uqasha menerusi hantaran yang telah dipadam di Instagram miliknya itu, mendakwa dia bernikah pada 5 November 2021 pada jam 9.00 pagi.

Walaubagaimanapun, tarikh pernikahan yang tertera pada sijil pernikahannya itu adalah pada 4 November jam 9.30 malam. Malah, Uqasha turut bertanyakan kepada netizen adakah pernikahannya bersama Kamal itu sah atau tidak.

“Allah Maha Besar, MasyaAllah satu lagi, aku dinikahkan dan diakad atas pengetahuan aku pada 5/11/2021 jam 9.00 pagi. Tapi rupanya di sijil nikah aku dinikahkan pada 4/11/2021 pada jam 9.30 malam. Tanpa pengetahuan ku Allahuakbar.

Lepas found out prosiding mahkamah pagi tadi dan saya tidak tahu saya dinikah pada tarikh tersebut.

Tanpa pengetahuan bakal isteri? Sah ke? Cukup ke syarat sah kahwin? Selama ini aku diperbodohkan seluruh ahli keluarganya dan bapa saya dimanipulasi si dia (Kamal) serta keluarga untuk kata sah sebab sudah ada wali. Ustaz dan ustazah mohon tolong saya.”-tulis Uqasha di Instagram

“Ini Tentang Aku Tidak Tahu Menahu Aku Dah Dinikah Awal..”

Hantaran Uqasha mencetuskan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen, malah ada yang menyifatkan berlaku kesilapan teknikal pada sijil nikah tersebut.

Namun, Uqasha dengan tegas menafikannya selain menyatakan ini adalah mengenai dirinya yang tidak tahu menahu bahawa dia sudah dinikah lebih awal.

“Ini bukan tentang error, error! Ini tentang aku tidak tahu menahu aku dah dinikah awal.

What if aku tak setuju pada tarikh itu dan kenapa merahsiakan pada saya?!.”-tegas Uqasha Senrose

Sekadar info, Kamal Adli dan Uqasha Senrose mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |