Astro sekali lagi membuktikan keunggulannya sebagai peneraju hiburan tanah air dengan mempersembahkan sebuah siri baharu di bawah francais popular ‘Hikayat’ berjudul “Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup.”
Beri Nafas Baharu
Kisah lagenda penuh magis dan misteri ini akan menemui penonton mulai 14 November, setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611) dan Astro Prima (saluran 105).
Diterbitkan oleh Red Communications Sdn Bhd dan diarahkan oleh Shamyl Othman, siri enam episod ini menggabungkan elemen klasik dan moden untuk memberi nafas baharu kepada cerita rakyat yang sinonim dengan masyarakat Melayu.
Legenda Lama Dihidupkan Semula dengan Sentuhan Moden
via AstroSiri Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup diolah semula agar lebih segar dan sesuai dengan citarasa penonton masa kini tanpa menghilangkan nilai asalnya.
Dengan kualiti sinematografi tinggi dan sentuhan visual moden, Astro menjanjikan pengalaman tontonan yang memukau seisi keluarga.
Barisan pelakon hebat turut menyerikan siri ini, termasuk Diana Danielle, Alif Satar, Bell Ngasri, Elly Mazlein, Niezam Zaidi, Fimie Don, serta bintang cilik berbakat seperti Arabella Ellen, Qisya Hairulzain, dan Mikael Noah.
Keindahan cerita ini turut diperkaya dengan runut bunyi berjudul “Hikayat Arjuni” nyanyian Amsyar Leee, yang menambahkan elemen emosi dan magis kepada kisah lagenda ini.
Menjadi Cermin Warisan dan Nilai Murni Generasi Baharu
via AstroMenurut Putri Yasmin Megat Zaharuddin, Naib Presiden Strategi Kandungan GenNext Astro, francais ‘Hikayat’ diwujudkan bagi menghidupkan semula cerita rakyat klasik agar generasi baharu dapat mengenali dan menghargai budaya tempatan.
Setiap karya dalam francais ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga sarat dengan pengajaran, nilai kasih sayang dan semangat perjuangan.
Dalam kisah ini, penonton akan mengikuti perjalanan Mak Tanjung (Diana Danielle) yang kehilangan suaminya Pak Kantan (Alif Satar) dan terpaksa berjuang untuk membesarkan dua anaknya, Melur dan Pekan.
Namun, usaha mencari rezeki membawa tragedi apabila Mak Tanjung ditelan oleh batu berpuaka.
Anak-anaknya kemudian mengembara untuk menyelamatkan ibu mereka daripada kuasa jahat batu tersebut.
Siri ini boleh ditonton mulai 14 November di Astro Ceria dan Astro Prima, serta distrim melalui Astro GO dan sooka.

13 hours ago
5
















![[VIDEO] Watie Hanifiah Dandan Rambut Dekta, Lain Pula Netizen Perasan?-“Comelnya Baby Bump..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/7f1d74f3-402e-45d6-a5bd-f30baf034804.jpg)















![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)


![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)
![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)





![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
