Personaliti media sosial, Haqiem Stopa mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memuatnaik beberapa keping foto di media sosial miliknya, baru-baru ini.
Haqiem atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar menerusi hantaran di TikTok, dilihat memuatnaik beberapa foto termasuklah sekeping foto yang memaparkan tangan seseorang dalam keadaan luka.
“Keep fighting.”-kapsyen ringkas Haqiem di TikTok

‘Kantoi’ Ambil Foto Dari Pinterest?
Menjengah ruangan komen, lain pula reaksi netizen yang menyatakan bahawa foto tangan yang luka itu didakwa telah diambil dari platform imej Pinterest.
“Lah gambar Pinterest ke.”
“Ni kalau Jane tengok suami dia berdrama sampai nak ambik gambar dari Pinterest, boleh gelak dia. Hahaha.”
“Aduhh kantoi busuk lee ni 🤣.”
“Ya Allah buat malu je kantoi 🤣🤣.”
“Second slide tu bukan gambar dekat Pinterest ke?
“Pinterest bang, dah kantoi Hahaha.”
“Orang kata gambar kedua tu gambar Pinterest 😭😭.”
“Tak terkejut sebab ex saya pernah guna gambar ni 🤣.”
Namun begitu, rata-rata netizen lain tetap memberikan kata-kata semangat dan pesanan buat dirinya selepas tular dakwaan kononnya rumah tangga Haqiem bersama isteri, Aireena Sofia Zakaria sedang bergolak.
“Dia sebenarnya rindu wife dia tapi perempuan ni kalau dia dah kecewa.. Kita doakan lah yang baik-baik untuk mereka. Pergaduhan la buat kita kenal lebih dalam pasangan kita.”
“Merajuk boleh dipujuk walah susah mana pun, mati rasa atau kecewa susah untuk perempuan bagi peluang, tapi jangan putus asa, carilah effort macam mana sebelum perkahwinan dulu doa, sabar banyak-banyak.”
Selagi boleh perbaiki, perbaiki. Move on dan pandang ke depan.”
“Dalam hubungan ni, memang ada pasang surut, dua-dua kena mengalah, rendahkan ego.”
“Masalahnya kenapa tiba-tiba? Haritu bini meroyan sikit pun tak kisah. Sekarang baru nak beria, memang laa bini tu tak layan.”
Nama Haqiem Stopa sebelum ini menjadi bualan netizen selepas didakwa telah meniru resepi dan idea jenama manisan terkenal, iaitu Suka Dessert.
Malah, staf dalaman Suka Dessert turut didakwa telag membocorkan maklumat mengenai pembekal utama kedai kek itu kepada pempengaruh tersebut.
Apa komen anda?

3 months ago
106


![[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-16.webp)


![[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-14.webp)

![[VIDEO] Khairul Aming Menangis Lihat Rakyat Malaysia Kongsi Momen Masak Bersama , Netizen Bangga!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-13.webp)






![[VIDEO] Sebaknya Seorang Ibu… Amyza Tahan Tangis Terima Panggilan Takziah Zahid Hamidi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Feature-Image-2000-x-1240-px-3-1.webp)






















![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)

![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)








![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)