Adakah kamu tahu, Aishwarya Rai Bachchan adalah penyebab kenapa Jaya Bachchan menyimpan niat untuk tampar SRK jika mereka berjumpa?
Pelakon Shah Rukh Khan (SRK) dan Aishwarya Rai Bachchan pernah membintangi beberapa filem hit bersama, termasuklah ‘Josh’, ‘Mohabbatein’ dan ‘Devdas’. Walau bagaimanapun, hubungan profesional dan peribadi mereka bertukar menjadi lebih teruk pada awal 2000-an, atas sebab tertentu.
Kedua-duanya telah berhenti bekerja bersama selepas Aishwarya digugurkan daripada lima projek filem bersama SRK, termasuklah ‘Chalte Chalte’ dan ‘Veer Zaara’.

Inisden Aishwarya digugurkan ini dikatakan berpunca daripada pergaduhan dengan bekas kekasihnya, Salman Khan di set filem ‘Chalte Chalte’ sehingga SRK perlu meleraikan mereka berdua.
Memandangkan insiden itu berlaku berulang kali hingga menyebabkan penggambaran ditangguhkan, SRK akhirnya menggantikan watak Aishwarya dengan Rani Mukerji.

Namun di tengah-tengah kemuncak pergaduhan mereka, ketegangan meningkat dengan ketara selepas ibu mertua Aishwarya, iaitu Jaya Bachchan, telah menyuarakan kekecewaannya dengan sikap SRK.
“Saya tidak ada peluang untuk berbincang dan saya akan bercakap dengannya (SRK) mengenai perkara itu. Jika dia berada di rumah saya, saya pasti akan menamparnya, sama seperti saya menampar anak saya sendiri.”

Tak lama selepas itu, SRK meminta maaf kepada Aishwarya sebaik sahaja dia berpisah dengan Salman, atas perbuatannya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.