Pelakon veteran Bollywood, Amitabh Bachchan bukan sekadar bintang skrin besar tetapi juga menjadi inspirasi kepada ramai orang. Pada usia 82 tahun, Amitabh masih lagi menghiburkan peminatnya melalui filem, televisyen dan media sosial.
Tetapi di sebalik kejayaannya itu, terdapat satu perkara yang orang tak tahu tentang Amitabh iaitu masalah kesihatannya yang sangat serius!
Semuanya bermula ketika penggambaran filem ‘Coolie’ pada tahun 1983. Ketika itu, Amitabh sedang melakukan adegan aksi dan tanpa dijangka dia telah mengalami kemalangan serius yang memerlukan rawatan rapi termasuklah transfusi darah.
Foto – Hindustan Times / The Indian ExpressMenerusi program ‘Kaun Banega Crorepati’, pelakon veteran itu mengimbau kembali waktu kritikalnya ketika mengalami kemalangan di set penggambaran ‘Coolie’.
“Pada tahun 1983, saya memerlukan sejumlah besar kuantiti darah. Hampir 200 orang menawarkan diri dan 60 botol darah telah didermakan kepada saya. Malangnya, ada salah seorang daripada penderma telah membawa virus Hepatitis B, yang tidak dapat dikesan ketika itu.”
Foto – Olden Indian Cinema (FB)Mengimbau kembali insiden itu, Amitabh mengakui virus itu kekal dalam badannya selama beberapa dekad tanpa sebarang gejala. Sehinggalah tahun 2005, doktor menemui virus itu ketika Amitabh melakukan rutin pemeriksaan berkala.
“Doktor melakukan pemeriksaan dan mendapati saya telah dijangkiti virus Hepatitis B. Hati saya rosak sebanyak 75 peratus. Jadi sekarang saya hidup dengan hati yang hanya berfungsi sebanyak 25 peratus sahaja.”
Walaupun menghidapi penyakit kronik, Amitabh Bachchan masih lagi mengekalkan gaya hidup sihat dan rutin harian yang berdisplin. Kepada peminat Amitabh Bachchan, pelakon veteran ini menekankan kepentingan pemeriksaan secara berkala bagi memastikan kesihatan kita sentiasa berada dalam keadaan baik dan tidak terlepas pandang daripada penyakit berbahaya.
Apa kata kamu?

1 month ago
41










![[VIDEO] Fazura Perjelas Isu ‘Jodoh & Berkahwin’ Raih Perhatian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-3.jpg)
![[VIDEO] Cakap Kat Anak Saya ‘Mak Kau Hijau’ Saya Tak Marah Sebab..-“Siti Nurhaliza](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-2.jpg)



















![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)



![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)
![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)





![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
