Perkongsian aktor kacak, Fattah Amin mencuri perhatian netizen selepas selamat bergelar suami kepada penyanyi, Amira Othman Ahad lalu.
Fattah Amin menerusi hantaran di Instagram dilihat berkongsi beberapa foto perkahwinan mereka dalam persalinan serba putih berserta coretan manis buat isteri tercinta.
“Dalam tiap helaian takdir, terukir kisah kita. Setulus takdir menyatu dalam satu akad.
Setiap detik adalah puisi cinta yang tidak terucap. Namun tersemat pada setiap jiwa yang ikhlas.”-Coretan Fattah buat Amira di Instagram
“Gembira Lihat Orang Lain Gembira..”
Di ruangan komen, para netizen dilihat menitipkan doa buat Fattah dan Amir, malah ramai yang menyfatkan mereka berdua kelihatan sepadan sebagai suami isteri.
“Semoga bahagia hingga ke Jannah.”
“MasyaAllah🤍Amin🤍 semoga buat kedua pasangan bahagia @fattahaminz 🤍🤍 @amiraaothman sentiasa bahagia bersama yang tercinta dikurniakan zuriat yang ramai serta buat umat Islam di muka bumi ini juga semuanya bahagia bersama yang tercinta sampai ke Syurga Allah S.W.T Amin🤍.”
“Gembira lihat orang lain gembira.”
“Jadikan kegagalan yang lalu untuk memperbaiki perkahwinan ini. Semoga bahagia hingga ke Jannah.”
“Senyum-senyum sendiri tengok ni.”
“Lagu ni aku tak boleh stop kalau start nyanyi.”
“Selamat Pengantin Baru. Didoakan semoga terus bahagia dan bercinta hingga Jannah Aamin.”
“Sangat cocok, cantik sekali Amira, hensem juga Bang Long Fattah Amin. Sihat bahagia dunia akhirat Aamin.”
“Ahh nangislah macam ni tengok setiap gambar dengan lagu lagi.”
“Semoga Allah jaga hubungan suami isteri ini dan bahagia hingga syurga Aamin.”
Sebelum ini , Fattah Amin mengejutkan netizen selepas membuat pengumuman dia yang bakal berkahwin dengan Amira pada 14 September, tarikh yang sama dengan hari lahirnya ketika pelancaran single terbaharu Amira dan Irfan Haris berjudul Rasa & Takdir pada minggu lalu.
Sekadar info, Fattah pernah mendirikan rumah tangga dengan Nur Fazura pada 27 November 2017 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada 7 Oktober tahun lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun.
Apa komen anda?