DSV ‘Dinner’ Dengan Aliff Aziz, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!-“Cik Lan Tak Jeles Ke?..”

2 hours ago 3

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas berkongsi video yang memaparkan dirinya bersama pelakon dan penyanyi kontroversi, Aliff Aziz, baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, DSV dilihat berjalan bersama Aliff Aziz setelah selesai makan malam di salah sebuah hotel.

“Makan malam dengan Aliff Aziz 🤭.”-kapsyen Datuk Seri Vida di TikTok

“Cik Lan Tak Jeles Ke Tu…”

Walaubagaimanapun, perkongsian DSV mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang melihatnya menghabiskan masa bersama Aliff Aziz, malah ada yang sempat berseloroh bertanyakan adakah pengacara, Roslan Aziz atau lebih mesra disapa sebagai Cik Lan tidak merasa cemburu melihat mereka berdua.

“Tak pelik guys, hanya founder di Malaysia je suka kutip artis bermasalah macam ni.”

“Cik B ready duduk tengah time sanding.”

“Cik Lan tak jeles ke tu.”

“Dah macam bodyguard Dato’ Vida.”

“Jangan lupa guys 11 kali.”

“Cik B, cuba bayang dulu Aliff Aziz ayah tiri Cik B 🤣.”

“Mesti menyesal Cik Lan kenalkan DSV dengan Aliff Aziz 🤣.”

“Bangkit semula Aliff. Awak ada tanggungjawab 2 orang anak. Terus ke hadapan jangan ulang lagi kesilapan yang sama lepas-lepas. InsyaAllah awak akan dapat suri hati yang akan menjadi teman di hari tua nanti. Belajar untuk setia pada seorang isteri saja. Ramai akan suka.”

@dsv_officialmall

Dinner dengan @Aliff Aziz 🤭

♬ original sound – DSV Lavida Mall – DSV Lavida Mall

Sekadar info, Aliff Aziz pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Bella Astillah pada 9 September 2016 sebelum sah bercerai pada 13 Jun tahun lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Aliff pernah terpalit dengan kontroversi selepas ditangkap berkhalwat dengan seorang pelakon, Ruhainies di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur pada 9 Mac 2024

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |